Thursday, October 22, 2009

KULIAH 4 & 5: METODOLOGI PENYELIDIKAN

PENGENALAN
Metodologi dalam penyelidikan amat penting bagi memberi panduan kepada pengkaji bagaimana data dikutip dan dikumpul.
Penjelasan tentang metodologi yang digunakan akan memudahkan pengkaji dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan secara lebih sistematik dan menjimatkan masa
Metodologi penyelidikan terbahagi kepada dua;
Metode kualitatif
Metode Kuantitatif
Metode Kualitatif
Induktif, deduktif dan komparatif
Analisis teks/ analisis kandungan
Kajian perpustakaan


ANALISIS KANDUNGAN
Analisis kandungan merupakan metode penyelidikan yang membuat tumpuan terhadap media.
Pengamatan atau ulasan diberikan terhadap apa yang diperkatakan, dibaca, didengar, dilihat, ditonton dll.
Penyelidik membina pendapat terhadap sesuatu isu apabila didedahkan oleh media seperti akhbar, majalah, TV, radio, buku, novel, puisi, cerpen, ucapan dll.

Ciri-ciri analisis kandungan;
Objektif – pemecahan kategori yang jelas dan mengikut tatacara yang digunakan/ teori
Sistematik – analisis dilakukan untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan persoalan kajian
Kualitatif – analisis yang dilakukan dikemukakan secara deskriptif dengan kaedah induktif, deduktif dan komparatif

Kegunaan Analisis Kandungan
Menguji hipotesis
Memahami isu semasa
Mengkaji persoalan sejarah
Mengkaji pemikiran tokoh
Mengetahui trend masyarakat
Membuat penilaian terhadap penyampai

Metode analisis kandungan
Persampelan – perincikan bidang, satu alat media (akhbar shj), tentukan masa (2004) dan pemilihan saiz sampel yang munasabah – secara rawak nombor.
Kategori – tepat dengan tujuan kajian, berfungsi dan mudah dikendalikan;
- Unit catatan: himpunan dokumen tertentu dan kategori tertentu untuk memberi pengertian subjek secara perkataan
- Unit konteks –memberi pengertian terhadap subjek kajian secara pengertian luas, tafsiran kualitatif
- Sistem perhitungan- cara mengira atau menjumlahkan data : pengekodan binari (mempastikan kategori data ada), kekerapan kategori dokumen menyebut, kekuatan kategori, jumlah ruang (liputan)
- Skor penonjolan – isu menjadi perhatian besar, perbandingan antara media, antara bahasa

Faedah kaedah analisis kandungan
Menjimatkan masa dan perbelanjaan – seorang penyelidik dan hanya dokumen yang terlibat
Keselamatan – data direkodkan dan dokumen boleh diperolehi bila dikehendaki
Kajian sejarah – rujukan mudah dalam buku di perpustakaan
Tidak menonjol - tiada kesan terhadap subjek kerana teks sudah sedia siap.
Saiz sampel - saiz sampel besar dan tiada masalah untuk dapatkan hasil
Berkualiti tinggi – dokumen mempunyai nilai intelek berbanding soal selidik
Analisis jangka panjang – menyelidiki arah aliran – perubahan sikap, pemikiran sehingga tempoh 50 th.

Kelemahan kaedah analisis kandungan
Menekankan aspek lahiriah bukan pengisian atau makna tersirat dalam teks
Terbatas kepada tingkah laku lisan dan tidak dapat menilai tingkah laku pengkarya (tanpa lisan)
Kaedah pengukuran - sukar mengukur kandungan
Kategori dan pengekodan –sukar mentakrif kategori yang pelbagai
Persampelan – media yang tidak sempurna dan tidak dapat dikesan
Dari segi kualitatif dan kuantitatif – dokumen kualitatif diukur secara kuantitatif – pengukuran tidak objektif
Metode Kuantitatif
Kajian lapangan
Borang selidik
Wawancara
Observasi

KAJIAN KES
Kajian pendekatan yang menyiasat secara mendalam sesuatu kejadian untuk mendapatkan data atau maklumat penuh melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik ke atas satu unit kajian.
Ia boleh melibatkan kajian ke atas suatu unit kecil seperti kumpulan kecil atau unit besar seperti keseluruhan komuniti.
Contoh: kes pembayaran biasiswa yang lambat.

Pengkaji mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber – laporan, minit mesyuarat, fail peribadi pelajar, dokumen berkaitan, menemubual kakitangan terlibat.
Kebaikan kajian kes;
Liputan dibuat secara mendalam
Maklumat dapat dikumpul dengan cepat
Boleh bawa pakar terhadap kes kajian

Kelemahan kajian kes;
Kajian terhadap kes tidak boleh mewakili kes yang lain.
Pengkaji tidak dapat menentukan pembolehubah yang mempengaruhi keputusan
Seseorang pengkaji perlu fleksibel dalam memberi konsepsi kerana tanggapan awal mungkin tidak sama dengan penemuan.
Jika melibatkan pakar, melambatkan penyelidikan- dari perspektif disiplin masing-masing

PEMERHATIAN
Pengkaji memerhatikan satu bidang yang menjadi bahan permasalahannya. Pengkaji akan menjelaskan kedudukan sebenar realiti masyarakat yang dikaji.
Pengkaji cuba membina teori dengan melihat perspektif dalaman responden
Pengkaji bersifat objektif kerana beberapa perkara yang berlaku dalam masyarakat dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Becker (1958) 4 tahap kaedah pemerhatian;
Pemilihan dan definisi masalah/ konsep
Memastikan kekerapan dan taburan fenomena berkenaan
Memasuki setiap kajian dalam satu bentuk model
Persembahan kesimpulan

Penyelidikan pemerhatian – penyelidikan kualitatif – kaji cara hidup sesuatu kumpulan atau perjalanan sesebuah organisasi melalui penglibatannya secara langsung
4 jenis pemerhatian;
Pemerhatian mengambil bahagian dalam urutan tingkah laku kumpulan dikaji – menyelami sesuatu peranan dalam jangka masa tertentu dan dikawal oleh jadual yang menentukan apa yang akan diperhatikan.
1. Berdasarkan jadual pemerhatian, tetapi sekadar memerhatikan tanpa melibatkan diri secara langsung dalam urutan tingkah laku kumpulan
2. Pemerhatian tidak terkawal – tiada jadual yang tetap kerana kajian terlalu besar – hanya sebahagian dalam kajian
3. Pemerhatian harian yang tidak sengaja dilakukan tanpa jadual dirancang.
4. Pemerhatian Ikut serta – kaedah pemerhati mengikut bersama-sama dalam kehidupan seharian komuniti dikaji sama ada secara terbuka atau tertutup (senyap2).
Kajian penerokaan – pengkaji tiada sebarang malumat atau mempunyai taksiran prasangka tentang bidang kajian
Data bersifat deskriptif – melihat, mendengar, menyoal dan membuat rakaman

Tahap melakukan pemerhatian ikut serta;
Memilih tempat kajian yang baik – dapat maklumat mudah, wujudkan hubungan baik dan rapat dan dapat menghubungkaitkan dengan tumpuan kajian
Mewujudkan perhubungan yang baik dgn pihak atasan atau pentadbiran di tempat kajian – ambil hati dan kepercayaan ahli masyarakat sasaran

Masalah dan konsep dalam pemerhatian ikut serta
Pengkaji menghabiskan masa dengan sekadar mendengar dan memerhati keadaan masyarakat. Merangka soalan-soalan yang sesuai hendak dikemukakan – pengkaji menampakkan pola interaksi dan makna yang dapat diperolehi: siapa yang memegang kuasa, siapa berwibawa dalam tugas tertentu, label2 dan perkataan yang sering digunakan

Setiap kajian menampakkan masalah yang terasing tetapi dari penemuan beberapa perkara menjadi sama.
Pengkaji rapat dengan pihak atasan – peluang memerhatikan kawasan larangan dan mendapatkan maklumat yang lebih.
Bila mengenal masyarakat – wujudkan keseimbangan antara kajian dgn penyertaan bersama penyampai maklumat.

Pengkaji boleh aktif dalam aktiviti masyarakat tetapi mengetahui batasannya. Elakkan dari penglibatan jenayah atau yang ditegah atau memihak mana-mana puak – tidak jejaskan kajian/ masalah dalam mengumpul data
Dapatkan ‘key informants’ – satu atau dua penyampai maklumat berpengetahuan tinggi, terutama untuk awal kajian.

Peranan Sumber Maklumat ;
Dapat memperkenalkan pengkaji kepada ahli masyarakat
Memberi keyakinan kepada masyarakat utk beri kerjasama
Menterjemah simbol atau perkara yang signifikan bagi kajian- nilai dan norma masyarakat.

Pemerhati bersifat fleksibel – kebebasan memilih jenis peranan yang sesuai dan berkesan. Antara soalan;
Sejauhmana beliau mempengaruhi tempat kajian
Sejauhmana persepsi dan analisis tentang persekitaran dipengaruhi oleh hubungan peribadi pengkaji dengan subjek
Sejauhmana kerja penyelidikan harus dirahsiakan

Persekitaran semulajadi – pemilihan peristia berdasarkan pengamatan – kehadiran pemerhati yang tidak dikenali atau kesilapan memerhati manusia dan mencatat data – berlaku bias.

Kekuatan pemerhatian ikut serta
Klukhonn (1975) – dapat maklumat dgn berhubung secara langsung dgn responden, maklumat dari ramai orang, maklumat lebih dipercayai (kerjasama sumber)
Kumpul data utama sendiri – tangkap seluruh kejadian pada masa itu juga.
Memperolehi jenis komunikasi masyarakat kajian – pemimpin kpd ahli
Tempoh kajian yang sesuai menerangkan perbezaan kejadian kebetulan dengan kebiasaan

PERSAMPELAN
PERSAMPELAN – maklumat diperolehi dari sebahagian daripada kumpulan yang lebih besar. Kumpulan besar ini dikenali sebagai populasi.
Prinsip persampelan berdasarkan konsep kebarangkalian dan setiap elemen yang dipilih mempunyai peluang yang sama dan mewakili populasi.
Jika mengkaji semua populasi disebut banci.

Tujuan Persampelan;
Mentaksirkan parameter populasi. Parameter ialah ciri-ciri populasi yang diminati oleh pengkaji spt. umur, pekerjaan, kelulusan, sebab-sebab, sambutan dll. Sampel yang baik mempunyai ciri-ciri persamaan dengan populasi.Statistik digunakan untuk mentaksir parameter populasi.

Untuk menguji hipotesis statistikal tentang populasi. Contohnya, hipotesis: 85% lelaki menonton TV. Dari sampel 77% lelaki menonton TV.
Saiz Sampel – bergantung kepada 4 faktor;
1. Darjah ralat persampelan yang dapat diterima. Ralat persampelan ialah perbezaan maklumat antara sampel (statistik) dengan populasi (parameter). Lebih besar saiz sampel, statistik sampel lebih mirip parameter populasi.
2. Jenis populasi – Jika populasi yang dikaji adalah sama ciri-cirinya (homogenan) maka saiz sampel tidak terlalu besar. Tetapi jika populasi heterogenan (pelbagai) saiz sampel hendaklah besar agar dapat mewakili populasi.
3. Rekabentuk kajian – untuk sampel berlapis, setiap lapis tidak perlu saiz besar kerana populasinya homogenan. Sampel berkelompok pula memerlukan saiz sampel yang besar kerana terdapat lebih dari satu kelompoh akan dipilih, kelompok 1, kelompok 2, kelompok 3 dll.
4. Jenis analisis – teknik statistik tertentu menentukan jumlah yang besar seperti analisis faktor – memerlukan minimum 300 kes.

Faedah Persampelan – Menjimatkan perbelanjaan dan data cepat diperolehi.
Had persampelan – persampelan tidak sesuai jika perlukan maklumat semua populasi
Jika persampelan tidak sistematik, sampel tidak mewakili populasi
Ralat persampelan – perbezaan antara statistik (sampel) dengan parameter (populasi)

Jenis persampelan;
Persampelan kebarangkalian – setiap unsur mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel, saiz sampel khusus dan tahu saiz populasi.
Persampelan bukan kebarangkalian - Tiada sebarang asas untuk mentaksir ciri-ciri sampel menyerupai populasi, sampel yang mudah didekati, bias, yang sudi bekerjasama shj – pengkaji tidak dapat mengatakan sampel mewakili populasi.

Prinsip Kebarangkalian: setiap satu elemen mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.
Jenis persampelan kebarangkalian – Persampelan Rawak Mudah, Persampelan Berlapis, Persampelan kelompok dan persampelan sistematik,

Persampelan Rawak Mudah – 5 tahap;
Memperolehi satu rangka persampelan yag lengkap
Memberikan setiap ahli satu nombor khas
Menentukan saiz persampelan
Memilih ahli mengikut saiz yang ditentukan berdasarkan jadual nombor rawak
Memilih ahli daripada angka rawak tersebut.
Elemen persampelan diperolehi melalui cabutan nombor sama ada persampelan berganti atau tanpa ganti.

Faedah PRM;
Setiap unsur populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih – elak bias
Anggaran ralat persampelan dapat dikesan
Kaedah PRM menjadi asas semua jenis persampelan rawak.
Kelemahan PRM:
Tidak sesuai untuk semua keadaan
Senarai lengkap semua elemen populasi tidak diperolehi – tidak praktikal untuk kajian
Kaedah cabutan – tidak semua helaian nombor berpeluang untuk dipilih.

PERSAMPELAN RAWAK BERLAPIS – unsur-unsur asas dalam populasi diasingkan terlebih dahulu kepada kumpulan, setiap kumpulan dikenali sebagai lapisan. Drpd setiap lapisan, sampel dipilih dalam PRM – sampel lebih besar
Cth: 2 lapisan, lapisan perempuan dan lapisan lelaki.

Faedah Persampelan Berlapis;
Penemuan lebih tepat
Memudahkan pentadbiran – boleh dibahagikan kepada PRB berkadar dan tiada berkadar.
PRB Berkadar – saiz sampel lapisan menurut saiz populasi, 30, 30, 40
PRB Tidak Berkadar – jumlah kadar yang sama dalam setiap lapisan, 50%/50% setiap lapisan

PERSAMPELAN KELOMPOK - kajian untuk kawasan yang luas;
Bahagikan kawasan dan beri nombor
Pilih elemen setiap bahagian secara rawak selepas membuat senarai elemen yang dipilih.
Cth: satu kawasan 50,000 org. Sampel hanya 200 org – bahagikan bandar dlm peta. Andai satu kawasan 500 keluarga, pilih secara rawak 200 org dgn memilih 50 org bagi setiap 4 kawasan yang ditandakan.

Kebaikan Persampelan Kelompok;
Sesuai utk populasi besar dan kawasan luas.
Tumpuan kajian di kawsan tertentu
Hanya perlukan sebarai nama kawasan untuk dipilih sahaja dengan kadar elemen yang mencukupi.
Utk negara membangun yang tidak memerlukan rangka persampelan.

PERSAMPELAN SISTEMATIK – pengkaji menentukan jarak langkau atau jarak jauh apabila memilih sampel bermula sampel pertama (dipilih secara rawak) dan sampel seterusnya mengikut kaedah kiraan langkau 5, 10, 100 dll.

Kebaikan Persampelan Sistematik;
Praktikal dan mudah
Tidak perlu rangka persampelan
Kelemahan;
Bukan bentuk kebarangkalian – mengetepikan orang yang berada di antara elemen yang dipilih.
Komposisi bangsa yang berbeza- wujud ketidakseimbangan data.

PERSAMPELAN TAK RAWAK – apabila persampelan secara rawak tidak dapat dilakukan;
Persampelan Kuota – Tentukan saiz sampel dan ciri-ciri sampel, pilih sampel. Cth: 18 perempuan dan 22 lelaki dari orang cina, Melayu dan India. Persampelan berlapis, tetapi tiada kebarangkalian – kaedah ini dianggap tidak kuat- perlukan kawalan.
Persampelan Bertujuan – Untuk tujuan tertentu seperti menguji bentuk soal selidik atau mendapatkan maklum balas yang cepat. Ia hanya gambaran permulaan kajian


Rujukan: Syed Arabi Idid (2002), Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial, Kuala Lumpur: DBP

TINJAUAN
Kuliah 5

Kaedah penyelidikan yg dijalankan utuk mengumpul data daripada satu populasi. Semasa menjalankan tinjauan, perhatian utama ialah bagaimana mendapat jawapan yang memuaskan daripada responden.
Data dikumpul melalui temubual bersemuka, pos atau telefon. Data diteliti dari dokumen dan pemerhatian sendiri.
TINJAUAN
Temubual semuka – soalan dikemukakan antara penemubual dan responden menggunakan soalan2 tertentu.
Syarat penemubual;
Keupayaan mendapatkan maklumat: responden berahsia, jawapan tidak spt yang diharapkan dan terlupa.
Kefahaman responden – kemesraan.
Motivasi rsponden utk menjawab dgn benar – penyelidik menjelaskan tujuan dan bagaimana responden dipilih utk ditemubual.

Dorongan mendapatkan maklumat;
Penemubual memastikan maklumat dan pendapat responden dihormati – kerahsiaan.
Masa responden digunakan sebaiknya. Soalan pendek dan tidak berulang – tumpukan isu pokok shj.
Gangguan dalam menentukan masa utk menemuramah
Suasana menyeronokkan bukan ancaman responden
Responden tidak dianggap satu punca maklumat tetapi individu yang berperasaan.
Hormati pendirian responden
Minat responden utk menjawab dikekalkan.

Peranan penemubual;
Mengenalpasti responden berdasarkan tujuan kajian
Penemubual mengatur masa dan tempat sesuai utk menemuramah
Mendapat maklumat lengkap dan betul dari responden
Berpakaian kemas
Mengetahui adat resam
Bertanya soalan dgn betul + jaga tingkahlaku

Mencatat jwpn dgn betul – catat spt yg dikatakan oleh responden, jgn dipendek2kan.
Kebaikan menemubual:
Pengawalan ke atas sampel – tentukan responden dan kawasan kajian- halang bias
Kadar respon yang tinggi – sukar elak jawab soalan
Tindak balas responden dikaji – jemu, tidak faham soalan, minat
Keadaan responden tepat dgn kajian- siuman
Responden digalak bercakap – pujukan dan jelaskan soalan jika tidak faham soalan.

Kelemahan menemubual;
Perbelanjaan tinggi
Sistem kemas perlu diwujudkan – penyediaan soalan dan soal selidik.
Penemubual mempengaruhi responden utk menjawab terutama berbentuk pandangan da sikap.
Sifat penemubual spt jantina, bangsa dan umur – perlu jaminan khusus agar maklumat dirahsiakan.
Penemubual letih dan tidak amanah dgn tugas yg diberikan.
Masa yg lama – temujanji
Temubual tidak menjamin kerahsiaan.

Temubual melalui telefon – maklumat diperolehi melalui telefon.
Kebaikan menggunakan telefon;
Data cepat diperolehi, perjalanan tidak diperlukan
Perbelanjaan lebih rendah – responden lebih ramai dan jumlah penemubual rendah.
Borang soalselidik yang mengandungi soal selidik yg sensitif lebih tinggi gerak balasnya.
Responden tidak terasa terancam sbb tidak dtg ke rumah.

Sampel dapat dihadkan dgn menentukan kawasan spt pengambilan kod kawasan (03 dan 04 shj dll) dan memilih responden secara rawak.
Maklumat segera apabila tertinggal soalan semasa bersemuka.
Teknik penyiasatan boleh dijalankan.
Jumlah responden lebih tinggi

Kelemahan menggunakan telefon;
Terhad kepada yg memiliki telefon shj.
Proses menemubual tidak boleh lama
Guna soalan mudah shj
Gerak geri responden tidak dpt dilihat
responden sebenar tidak dapat dikesan – penyamaran
Tidak dpt mengesan keikhlasan penemubual
Sukar mewujudkan kemesraan
Tidak beri kesempatan kpd responden utk berfikir
Kualiti data kurang

Tinjauan melalui pos – mengirim borang soal selidik melalui pos. Responden diminta mengisi dan mengirim semula kepada pengkaji melalui sampul surat yang disediakan.
Faktor pos;
Faktor geografi - Ia digunakan apabila responden berselerak
Sistem pos baik
Kesudian menjawab
Perbelanjaan rendah tetapi kadar pulangan rendah
Tarikh perlu sesuai dgn responden – tidak bercuti dll.
Surat susulan diperlukan

Tahap persediaan soal selidik;
Surat Pengenalan beralamat dan bernombor telefon
Sampul surat beralamat dan bersetem utk pengembalian
Soalan jelas dan mudah difahami
Andai tidak dijawab, buat surat susulan.

Bekaikan melalui pos;
Tempat terpencil dpt ditinjau]
Perbelanjaan rendah
Tiada bias
Responden ada masa utk berfikir
Mengatasi responden yang segan berhadapan
Surat sampai tinggi

Kelemahan melalui pos;
Penyiasatan tidak dapat dilakukan & tiada galakan utk menjawab
Responden dpt membaca keseluruhan soalan dahului dan akan mempengaruhi jawapan
Responden meminta org lain menjawabkan
Jawapan tidak lengkap
Responden tidak kembalikan borang
Soalan mudah sahaja, jawapan muktamad dan penjelasan tidak diperolehi.
Sukar mendapatkan alamat dan nama lengkap responden.

SOAL SELIDIK
Soalan diatur secara tersusun untuk ditadbir oleh penemubual.
Kualiti dan mutu soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan. Jika soalan kabur, jawapan yang diperolehi juga kabur
Perhatian yang teliti perlu dilakukan semasa membina soalan.
Setiap soalan berkaitan dgn objektif bg mengukur hipotesis- maklumat tepat dan lengkap dan mencapai tujuan kajian dgn perbelanjaan sederhana.

Cara menggubal soalan;
Tentukan masalah kajian- elak soalan terlalu banyak
Soalan sesuai untuk dijawab – kebolehan responden menjawab, responden hendak jawab dan responden buat-buat menjawab
Soalan memudahkan semua pihak
bahasa sesuai

Jenis soalan;
Soalan fakta – memerlukan jawapan salah dan betul
Soalan pendapat – pemikiran dan tidak ditentukan
Susunan soal selidik; pengenalan organisasi dan tujuan kajian, susun soalan mudah (tertutup) dan terbuka
Penbentukan soalan – soalan khusus, soalan mudah, soalan tertutup (jelas), soalan pendek, soalan mendorong utk dijawab, sesuai dgn statistik yg digunakan utk analisis

7 comments:

  1. boleh beri contoh ke kalau yang gunakan kajian kepustakaan sepenuhnya?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Puan,boleh tak puan cuba terangkan bagaimana kita hendak mengenal pasti sesuatu punca masalah dalam menerbitkan proses methodologi yang mantap dan berkesan?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum puan ,terima ksih kerana dapat share ilmu ,,,tk

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum puan bagi bab metodologi penyelidikan ni perlu footnote x? klu prlu dimana boleh saya dapatkan

    ReplyDelete
  5. Puan. Boleh x guna kan kajian perpustakaan sepenuhnya?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum saya nak tanya, macam mana nak tahu berapa jumlah sampel yang perlu di temubual untuk satu2 kajian?

    ReplyDelete
  7. Bagaimana rangka esei bagi kajian sesuatu Isu menggunakan kajian2 lepas dengan mengkhususkan metodology kajian dalam esei? Penganalisisan kajian-kajian lepas dalam satu esei menggunakan metodology kajian?

    ReplyDelete