Thursday, October 22, 2009

KULIAH 9: UNSUR-UNSUR DALAM PENULISAN ILMIAH

UNSUR-UNSUR DALAM PENULISAN
Unsur-unsur dalam penulisan digunakan sebagai satu kaedah atau alat yang digunakan untuk mencapai sesuatu maksud atau kaedah menyampaikan fikiran dengan jelas dan berkesan;
Pentakrifan – satu cara membawa pemahaman pembaca terhadap sesuatu konsep atau subjek yang ingin diperkatakan. Ia membawa pembaca kepada batasan makna dan pengertian terhadap sesuatu perkataan dari sudut penggunaan dan logiknya. Sebarang pengertian yang tidak mengikuti batasan ini akan terkeluar dari kandungan konsep tersebut.
Cara Pentakrifan
Takrifan senama – melibatkan penggunaan perkataan senama atau seerti (sinonim), digunakan apabila sesuatu istilah tidak difahami oleh pembaca.
Cth: bentuk = struktur = rangka
b. Takrifan Nominal/stipulatif – pernyataan makna istilah baru atau lama yang mempunyai makna baru
Cth: welstanchuung = mayatilik = budaya
Wagas = wawasan + gagasan
c. Takrifan asal-usul/ etimologi – mendapatkan makna sesuatu istilah melalui asal-usul dan sejarah semantik, makna asal, perubahan dan perkembangan perkataan.
Cth:Khalifah = sejarah selepas kewafatan Nabi dan konsep masa kini.
Cara Pentakrifan
d. Takrif Contoh – menerangkan konsep melalui contoh-contoh untuk memahami perkataan abstrak spt. Agama, budaya, demokrasi an kesedihan.
e. Takrifan kelas pembahagian – penerangan makna dengan meletakkan istilah pada kelasnya.
Cth: Aids = penyakit dari virus yang mengganggu sistem ketahanan badan mangsa.
f. Takrifan Ostensif – takrifan literal dengan menunjukkan perkara yang ditakrifkan.

PENAMSILAN
Perbandingan yang dilakukan dengan memperkenalkan subjek kedua bagi menunjukkan persamaan dan menerangkan topik utama. Fungsinya untuk menterjemah idea abstrak/ kompleks kepada bahasa konkrit.
Analogi – penamsilan sampingan untuk tujuan penegasan atau penerangan. Ia merupakan subjek yang mempunyai sifat yang amat berbeza.
Cth: Perceraian = negara yang gersang
b. Penamsilan logikal – alat pemujukan dan menyediakan bukti untuk mengesahkan sesuatu kesimpulan.
Cth: kenal Allah = kenal kejadian-Nya spt kenal kejujuran melalui perbuatan seseorang.

PERBANDINGAN
Menanggapi sesuatu perkara melalui perbzaan dan persamaan, sekurang-kurangnya dua subjek.
Persamaan – menekankan ciri-ciri serupa
Perbezaan – melihat aspek-aspek berlainan tetapi kedua-duanya mempunyai tugas dengan cara yang sama.
Cth: Doktor dan peguam = profesional

PENCERAKINAN
Teknik perkembangan topik dengan memecah-mecahkan kepada beberapa komponen dan kemudian membincangkan komponen itu satu persatu dengan membentuk kesatuan antara bahagian-bahagian itu.
Membahagi-bahagikan subjek kepada bahagian-bahagian tertentu.
Cth: manusia = jasmani, rohani dan mental
b. Pencerakinan proses – bagaimana sesuatu perkara berlaku dengan pembinaan unsur-unsur dalam susunan yang logik.
i. Proses fizikal- natural, saintifik atau mekanikal
Cth: : Langkah-langkah mengatasi masalah
ii. Proses sejarah polotik/ sosial
iii. Aktiviti individu

PERCONTOHAN
Teknik bagi membantu untuk menandakan penulisan. Kaedah percontohan untuk memantapkan huraian yang masih longgar dan menggambarkan sesuatu yag kukuh. Ditandai dengan misalnya, contohnya, seperti, umpamanya dll.
Percontohan berganda – pengembangan idea atau perenggan melalui percontohan, bermula dengan ayat topik kemudia diterangkan melalui percontohan khusus yang berbilang dan pendek.
Percontohan mengembang – perengan diperluas oleh contoh yang panjang. Penerangan yang jelas terhadap fokusnya menggunakan satu contoh yang khusus.

PETIKAN
Merupakan sokongan terhadap hujahan, kenyataan atau idea yang dikemukakan – bukti wibawa untuk kuatkan dakwaan atau penilaian.
Petikan langsung – memetik kata-kata serupa atau tepat dengan katakata sumber. Ditandai dengan pengikat kata. Tujuannya untuk ketepatan dan kesahihan.
b. Petikan tidak langsung - mementingkan maksud/ idea dan ayat yang dikemukakan tidak sama dengan kata-kata sumber. Mengalami perubahan mengikut kehendak pemetik dan tidak ditandai dengan pengikat kata.

ANEKDOT
Bentuk percontohan dalam bentuk cerita ringkas yang menarik supaya dapat menjelaskan maksud. Sifatnya dramatik dan lucu untuk mewujudkan kesegaran, hidup dan ceria, menyentuh perasaan hingga sukar dilupakan – menunjukkan pengalaman luas pencerita

PEMUJUKAN
Usaha untuk mengubah pemikiran, kepercayaan, dan perlakuan.
Pembaca dan memahami kehendak mereka adalah tumpuan penulis.
Penulis bukan shj perlu tahu taraf pengetahuan dan pembacaan pembaca tetapi juga kecenderungan, minat, taraf pendidikan, kebolehan membaca, nilai, kecondongan, sikap, idaman dan perkara yg tidak disenangi atau ditakuti.
Jenis pemujukan : pemujukan rasional dan pemujukan tidak rasional/ emotif.

Pemujukan Rasional
Rayuan intelek: berusaha membuat pembuktian dengan logik dan fakta-fakta.
Menganggap pembaca sebagai bijak & objektif.
Disebut juga penghujahan: mempengaruhi pembaca melalui alasan-alasan yg kukuh.
Pemikiran perlu jelas, waras, logik dan mempunyai daya tahan.
Menghormati pendapat orang lain.
Pendalilan Naqli – al-Quran, Hadis, Fakta sejarah, fakta sains, pendapat pakar
Pendalilan Akli – Pentakrifan, pentasdikan, pengklasifikasian

Pemujukan emotif/ tidak rasional
Merayu emosi atau disebut pathos .
Kesan emosi yang ditimbulkan ialah gembira, belas kesihan, gerun, rasa bersalah, marah, takut, cinta dll. Penulis memain-mainkan perasaan pembaca untuk mengubah kepercayaan dan kelakuan pembacanya.
Pemujukan emotif sering mewujudkan masalah moral - alat pemujukan imej yang tidak semestinya jujur. Imej memanipulasi emosi.
Bentuk pemujukan emotif - satira, Eulogi dan patos.

PENEKANAN
Penyusunan semua unsur dalam penulisan ditulis dengan cara paling sesuai dan mencapai matlamat.
Penekanan pemilihan perkataan yang nyata dan jelas
Meletakkan unsur penekanan di posisi yang tertentu
Membincangkan secara terperinci unsur yang diberi
Mengulang idea
Guna gaya bahasa dan hujah yang mantap.

GAYA / STYLE
Style – kemampuan menulis dan mempergunakan kata-kata secara indah dan berkesan – sinonim dengan diksi – pilihan kata yang sesuai; kata, frasa, klausa, kalimah, wacana Keseluruhan dan nada.
Gaya bahasa – cara menggunakan bahasa – dapat dinilai keperibadian, watak dan kemampuan penulis menggunakan bahasa itu.
Gorys Keraf : Style – cara mengungkapkan pemikiran melalui bahasa secara khas yang memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis.

SENDI GAYA BAHASA
Gaya bahasa yang baik; 
a.     Kejujuran – penulis mengikut peraturan, kaedah yang baik dan benar dalam berbahasa – kata-kata yang jelas, tersusun dan berstruktur – ungkapan fikiran yang jujur;
Kata-kata kabur – menyembunyikan fikiran.
Kata berbelit-belit – penulis tidak tahu apa yang hendak diperkatakan/ cuba menyembunyikan kekurangan.
b.    Sopan santun – memberi penghargaan atau menghormati pembaca – memanisfestasikan melalui kejelasan dan kesingkatan. 
Kejelasan – pembaca tidak perlu memeras otak untuk memahami maksud penulis; Jelas dalam struktur gramatikal kata dan kalimah, Jelas dalam pengungkapan fakta melalui kalimah atau kata-kata, jelas dalam urutan idea secara logis, Jelas dalam penggunaan kiasan dan perbandingan.

Kesingkatan – mempergunakan kata-kata secara berkesan, meniadakan tautology atau pengulangan yang tidak perlu atau longgar.
c. Menarik – Gaya yang menarik diukur melalui komponen penggunaan ayat atau kalimah; membuat perbezaan (variasi) – memiliki kekayaan kosa kata, Humor yang sihat – memberi kegembiraan dan kenikmatan pembaca, bertenaga, imaginatif dan mempunyai pengertian yang baik


DIKSI/ DICTION
Diksi ialah pemilihan perkataan yang sesuai mengikut situasi. Penulis perlu bijak memilih perkataan yang bersesuaian dan berkualiti untuk penulisannya.
Perkataan yang dipilih bukan sahaja tepat dari segi makna bahkan perlu sesuai dari segi konteks penggunaannya;

A. KETEPATAN MAKSUD
Writer/ penulis melihat kepada subjek yang dipilih
Idea (concept) yang dipilih difahami oleh penulis dan pembaca
Thing (Referent: benda/perkara/ subjek) merujuk kepada subjek yang dipilih sama dengan yang difikirkan oleh pembaca
Name (Word) perkataan yang dipilih sesuai dan tepat serta memberi pengertian yang serupa antara penulis dan pembaca
Reader memahami apa yang disampaikan oleh penulis.

Sinonim : menggunakan perkataan yang sesuai antara dua perkataan yang sama makna tetapi mempunyai maksud tersendiri
Tone: setiap perkataan mempunyai nadanya yang tersendiri. Pemilihannya berdasarkan nada yang sesuai dengan suasana yang ingin diwujudkan.
Eufemismus iaitu memilih ungkapan halus atau menyenangkan untuk menggantikan perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Ia merupakan kiasan untuk mengubah atau menyesuaikan fakta antara penulis dengan pembaca.

Ungkapan ini biasanya membantu jika perkataan itu sukar untuk diluahkan.
Perkataan yang munasabah/ tepat yang bukan sahaja mempunyai nilai estetika atau berkesan tetapi juga mempunyai nilai etika.

B. KUALITI PERKATAAN
Solid Word: perkataan yang digunakan bersesuaian dengan situasi atau kalimah yang digunakan tepat maknanya;
a.   Specific word (perkataan yang khusus) spt. kasut, baju, seluar, sapu tangan, stoking dll.
b.  General word (perkataan yang bersifat umum) spt. pakaian.
c. Concrete word (perkataan yang konkrit): merujuk kepada benda atau perkara yang khusus yang dapat dikesan oleh deria, dapat disentuh, dilihat, dirasa dan dihidu. Spt. Buku berwarna merah itu terletak di rak tengah.
d. Abstract words (perkataan yang abstrak) merujuk kepada kualiti yang dikongsi bersama-sama oleh banyak benda dan perkara; Spt; kecantikan yang memberi gambaran yang berbeza-beza mengikut kefahaman masing-masing.

Strong Word iaitu penggunaan perkataan yang tepat dan tidak meleret-leret untuk menjelaskan/ menghuraikan tentang maksud idea dalam ayat.
Spt: Akal membezakan antara manusia dengan binatang.
Fresh words iaitu penggunaan perkataan yang segar dan berlainan atau menggunakan satu perkataan tetapi memberi maksud yang disebaliknya.
Spt: Masa yang diberikan terlalu lama untuk mendengar celotehnya – untuk menunjukkan bosan.

Figurative words iaitu penggunaan perbandingan atau analogi dalam ayat;
a. Figures of Similarity; perbandingan dua perkarayang berlainan tetapi mempunyai sifat yang sama – Simili, Metafora
Allusion : persamaan sesuatu perkara dengan seseorang atau peristiwa
cth: persengketaan kaum dgn peristiwa 13 Mei 69

Hiperbola: menggunakan kata yang berlebih-lebihan untuk menerangkan sesuatu
cth: Darah mengalir deras seperti air sungai
Litotes: Pemakaian bahasa untuk tujuan merendah diri
Cth. Saya ini bukan sesiapa.
Irony: penggunaan kata dengan maksud yang sangat berbeza daripada makna sebenar
cth: Cantik sungguh muka awak! – hodoh

b. Figures of Contiguity iaitu penggunaan nama sesuatu untuk merujuk kepada kelazimannya
Metonimi: penggunaan nama sesuatu benda untuk merujuk benda lain yang sifatnya ada hubungan logik.
Cth: Bulan Sabit – Islam
Sinekdote: Penggunaan nama sesuatu benda yang memang mempunyai perkaitan langsung.
Cth: benang – pakaian

c. Figures of sound iaitu penggunaan perkataan yang mempunyai unsur bunyi yang sama.
Aliterasi : pengulangan konsonen yang sama untuk tujuan perhiasan atau penekanan.
Asonansi: Pengulangan huruf vowel.

PENGULANGAN
Tujuan;
- keindahan bahasa/ kelunakan bunyi
- penekanan/menguatkan makna
- penegasan
- keutamaan subjek
Pemakaian secara sederhana mengikut tujuan dan jangan keterlaluan.

No comments:

Post a Comment