Thursday, October 22, 2009

KULIAH 10: KEBERKESANAN PENULISAN ILMIAH

CIRI UMUM PENULISAN YANG BAIK
WACANA – kesatuan buah fikiran atau pernyataan yang disusun secara logis dan berkaitan antara satu sama lain.
Perenggan dalam penulisan mempunyai satu perkara tertentu yang dijelaskan dengan menggunakan ayat- satu perenggan menggambarkan suatu fikiran atau fakta utama yang dikembangkan dengan isi sokongan – setiap perenggan perlu asa satu subtema tertentu, iaitu dari pecahan tema yang menjadi fokus keseluruhan karangan
Ayat berkesan – ayat yang jitu- dapat melukiskan fikiran dan perasaan pengarang setepat-tepatnya – menimbulkan pemahaman kepada pembaca persis dengan yang dimaksudkan oleh pengarang

KAEDAH MENGGUNAKAN AYAT YANG BERKESAN
Kesatuan gagasan
Kepaduan
Penekanan
Kepelbagaian
Kesejajaran
Penalaran dan logika

Kesatuan gagasan
Gagasan atau idea berfungsi mengembangkan tema atau isu yang menjadi asas karangan
Kesatuan gagasan melibatkan ayat yang dihasilkan harus dapat memperlihatkan tema ayat itu – mempunyai fokus
Ayat yang dikemukakan hendaklah berisi satu gagasan sahaja. Elakkan ayat yang mengandungi beberapa idea dalam satu ayat.
Ayat yang melebihi satu gagasan akan kehilangan fokus dan menjadi ayat yang lemah.
Contoh
“Oleh sebab itu, salah satu jalan ialah membimbing anak ke arah kebebasan berfikir untuk meninggikan daya cipta yang lebih tinggi, diiringi pula oleh pengawasan yang teliti dan saksama daripada orang tua yang sekaligus perlu memahami kejiwaan anaknya.”
Pentingnya kebebasan berfikir untuk meninggikan daya cipta
Pentingnya pengawasan yan teliti dan saksama daripada ibu bapa
Pentingnya ibu bapa memahami masalah kejiwaan anaknya.

Kesatuan gagasan bergantung juga pada jelas atau tidaknya subjek dan prediket dalam ayat.
Subjek dan prediket merupakan bahagian yang menjadi asas terbentuknya ayat
Subjek ialah pokok atau hal yang dibicarakan
Prediket ialah keterangan tentang hal itu.
Kepaduan
Kepaduan bererti hubungan timbal balik yang baik dan jelas antara unsur pembentuk ayat – kata dan frasa.
Jalinan antara kata dengan kata dan antara frasa dgn frasa akan membentuk ayat – menepati jalan bahasa
Kepaduan ayat – terjejas jika susunan kata dalam konteks frasa nama tidak menurut Hukum D-M. Kata yang diterangkan (kata utama) diletakkan di hadapan kata yang menerangkan.
Kata sendi tidak perlu sesudah kata kerja transitif
Contoh
Mereka tidak mengetahui akan kelebihan menuntut ilmu
Ketika memperkatakan mengenai masa depan ekonomi bumiputera, beliau mengisytiharkan pembentukan Amanah Saham Bumiputera
Dengan lain perkataan- Dengan perkataan lain
Pengarah menghadiahkan saya sebatang pena
Pengarah menghadiahkan sebatang pena kepada saya
Pengarah menghadiahi saya sebatang pena

Penegasan
Penegasan ialah mengubah kedudukan bahagian tertentu dlm ayat.
(Susunan ayat yang biasa – subjek dan prediket)
Diubah jadi ayat songsang – prediket dan subjek
Sungguh cantik, lukisan itu
Menonjolkan perihal yang menjadikan pelaku dalam keadaan tertentu
Apabila diberitahu tentang hal yang sebenarnya, Amira menjadin tenang
Mengulang unsur tertentu dalam ayat
Kesejahteraan mestilah dilihat secara luas, iaitu kesejahteraan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kesejahteraan mental

Pertentangan dua kenyataan – mendorong orang untuk berfikir secara jelas iaitu melihat yang positif dan negatif sekaligus – mesej lebih cepat.
Kita tidak mengingini generasi yang memuja kebendaan, tetapi generasi yang berpegang kuat pada nilai akhlak
Penggunaan partikel kah, lah dan tah
Dialah yang datang semalam

Kepelbagaian
Kepelbagaian bererti kelainan bentuk yang digunakan utk menyatakan sesuatu maksud – bentuk berlainan tetapi sama maknanya.
Memanfaatkan unsur sinonim, kepelbagaian pola dan jenis ayat, kepelbagaian ayat aktif dan ayat pasif, kepelbagaian perubahan kedudukan sesuatu unsur dlm ayat.Kepelbagaian dapat menghidupkan tulisan dan mengelakkan kejemuan
Penguasaan bahasa penting utk memastikan pemilihan perkataan yang tepat
Contoh
Sinonim
Orang itu suka/ gembira menulis pada waktu lapang
Pola dan jenis ayat – pola ayat inti atau ayat tunggal dan ayat terbitan menurut kesesuaian konteks
Negara kita masih perlu mengimport beras walaupun penanaman padi merupakan salah satu kegiatan pertanian yang utama di negara ini.
Ayat aktif dan ayat pasif – ayat aktif menekankan pelaku dan ayat pasif emnekankan subjek- lakukan pergantian kaedah

Kesejajaran
Kesejajaran – sesuatu gagasan atau idea yang dinyatakan dlm bentuk kata nama (gaya nominal) diikuti oleh gagasan lain (sama fungsi) dlm bentuk kata nama juga. Percampuran kata nama dan kata kerja akan merosakkan kelancaran ayat
Jika memilih kata kerja (gaya verbal) maka gunakan bentuk itu utk kesejajaran ayat
Cth;
Langkah memulihkan ekonomi negara hendaklah dimulakan dengan menghematkan belanja negara dan individu, mengurangkan import barangan yang kurang penting, menggalakkan insudtri setempat dan meningkatkan guna tenaga secara optimum.

Penalaran dan logika
Penalaran – konsep daya hujah – keupayaan untuk menggunakan daya hujah dengan baik
Logika – sistem berfikir iaitu suatu gagasan disusun dapat diterima oleh akal yang sihat
Gagasan mempunyai pertalian antara fakta, disusun berdasarkan pemikiran dan makna yang sama

Pentakrifan

Generalisasi

No comments:

Post a Comment