Thursday, October 22, 2009

KULIAH 10: KEBERKESANAN PENULISAN ILMIAH

CIRI UMUM PENULISAN YANG BAIK
WACANA – kesatuan buah fikiran atau pernyataan yang disusun secara logis dan berkaitan antara satu sama lain.
Perenggan dalam penulisan mempunyai satu perkara tertentu yang dijelaskan dengan menggunakan ayat- satu perenggan menggambarkan suatu fikiran atau fakta utama yang dikembangkan dengan isi sokongan – setiap perenggan perlu asa satu subtema tertentu, iaitu dari pecahan tema yang menjadi fokus keseluruhan karangan
Ayat berkesan – ayat yang jitu- dapat melukiskan fikiran dan perasaan pengarang setepat-tepatnya – menimbulkan pemahaman kepada pembaca persis dengan yang dimaksudkan oleh pengarang

KAEDAH MENGGUNAKAN AYAT YANG BERKESAN
Kesatuan gagasan
Kepaduan
Penekanan
Kepelbagaian
Kesejajaran
Penalaran dan logika

Kesatuan gagasan
Gagasan atau idea berfungsi mengembangkan tema atau isu yang menjadi asas karangan
Kesatuan gagasan melibatkan ayat yang dihasilkan harus dapat memperlihatkan tema ayat itu – mempunyai fokus
Ayat yang dikemukakan hendaklah berisi satu gagasan sahaja. Elakkan ayat yang mengandungi beberapa idea dalam satu ayat.
Ayat yang melebihi satu gagasan akan kehilangan fokus dan menjadi ayat yang lemah.
Contoh
“Oleh sebab itu, salah satu jalan ialah membimbing anak ke arah kebebasan berfikir untuk meninggikan daya cipta yang lebih tinggi, diiringi pula oleh pengawasan yang teliti dan saksama daripada orang tua yang sekaligus perlu memahami kejiwaan anaknya.”
Pentingnya kebebasan berfikir untuk meninggikan daya cipta
Pentingnya pengawasan yan teliti dan saksama daripada ibu bapa
Pentingnya ibu bapa memahami masalah kejiwaan anaknya.

Kesatuan gagasan bergantung juga pada jelas atau tidaknya subjek dan prediket dalam ayat.
Subjek dan prediket merupakan bahagian yang menjadi asas terbentuknya ayat
Subjek ialah pokok atau hal yang dibicarakan
Prediket ialah keterangan tentang hal itu.
Kepaduan
Kepaduan bererti hubungan timbal balik yang baik dan jelas antara unsur pembentuk ayat – kata dan frasa.
Jalinan antara kata dengan kata dan antara frasa dgn frasa akan membentuk ayat – menepati jalan bahasa
Kepaduan ayat – terjejas jika susunan kata dalam konteks frasa nama tidak menurut Hukum D-M. Kata yang diterangkan (kata utama) diletakkan di hadapan kata yang menerangkan.
Kata sendi tidak perlu sesudah kata kerja transitif
Contoh
Mereka tidak mengetahui akan kelebihan menuntut ilmu
Ketika memperkatakan mengenai masa depan ekonomi bumiputera, beliau mengisytiharkan pembentukan Amanah Saham Bumiputera
Dengan lain perkataan- Dengan perkataan lain
Pengarah menghadiahkan saya sebatang pena
Pengarah menghadiahkan sebatang pena kepada saya
Pengarah menghadiahi saya sebatang pena

Penegasan
Penegasan ialah mengubah kedudukan bahagian tertentu dlm ayat.
(Susunan ayat yang biasa – subjek dan prediket)
Diubah jadi ayat songsang – prediket dan subjek
Sungguh cantik, lukisan itu
Menonjolkan perihal yang menjadikan pelaku dalam keadaan tertentu
Apabila diberitahu tentang hal yang sebenarnya, Amira menjadin tenang
Mengulang unsur tertentu dalam ayat
Kesejahteraan mestilah dilihat secara luas, iaitu kesejahteraan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kesejahteraan mental

Pertentangan dua kenyataan – mendorong orang untuk berfikir secara jelas iaitu melihat yang positif dan negatif sekaligus – mesej lebih cepat.
Kita tidak mengingini generasi yang memuja kebendaan, tetapi generasi yang berpegang kuat pada nilai akhlak
Penggunaan partikel kah, lah dan tah
Dialah yang datang semalam

Kepelbagaian
Kepelbagaian bererti kelainan bentuk yang digunakan utk menyatakan sesuatu maksud – bentuk berlainan tetapi sama maknanya.
Memanfaatkan unsur sinonim, kepelbagaian pola dan jenis ayat, kepelbagaian ayat aktif dan ayat pasif, kepelbagaian perubahan kedudukan sesuatu unsur dlm ayat.Kepelbagaian dapat menghidupkan tulisan dan mengelakkan kejemuan
Penguasaan bahasa penting utk memastikan pemilihan perkataan yang tepat
Contoh
Sinonim
Orang itu suka/ gembira menulis pada waktu lapang
Pola dan jenis ayat – pola ayat inti atau ayat tunggal dan ayat terbitan menurut kesesuaian konteks
Negara kita masih perlu mengimport beras walaupun penanaman padi merupakan salah satu kegiatan pertanian yang utama di negara ini.
Ayat aktif dan ayat pasif – ayat aktif menekankan pelaku dan ayat pasif emnekankan subjek- lakukan pergantian kaedah

Kesejajaran
Kesejajaran – sesuatu gagasan atau idea yang dinyatakan dlm bentuk kata nama (gaya nominal) diikuti oleh gagasan lain (sama fungsi) dlm bentuk kata nama juga. Percampuran kata nama dan kata kerja akan merosakkan kelancaran ayat
Jika memilih kata kerja (gaya verbal) maka gunakan bentuk itu utk kesejajaran ayat
Cth;
Langkah memulihkan ekonomi negara hendaklah dimulakan dengan menghematkan belanja negara dan individu, mengurangkan import barangan yang kurang penting, menggalakkan insudtri setempat dan meningkatkan guna tenaga secara optimum.

Penalaran dan logika
Penalaran – konsep daya hujah – keupayaan untuk menggunakan daya hujah dengan baik
Logika – sistem berfikir iaitu suatu gagasan disusun dapat diterima oleh akal yang sihat
Gagasan mempunyai pertalian antara fakta, disusun berdasarkan pemikiran dan makna yang sama

Pentakrifan

Generalisasi

KULIAH 9: UNSUR-UNSUR DALAM PENULISAN ILMIAH

UNSUR-UNSUR DALAM PENULISAN
Unsur-unsur dalam penulisan digunakan sebagai satu kaedah atau alat yang digunakan untuk mencapai sesuatu maksud atau kaedah menyampaikan fikiran dengan jelas dan berkesan;
Pentakrifan – satu cara membawa pemahaman pembaca terhadap sesuatu konsep atau subjek yang ingin diperkatakan. Ia membawa pembaca kepada batasan makna dan pengertian terhadap sesuatu perkataan dari sudut penggunaan dan logiknya. Sebarang pengertian yang tidak mengikuti batasan ini akan terkeluar dari kandungan konsep tersebut.
Cara Pentakrifan
Takrifan senama – melibatkan penggunaan perkataan senama atau seerti (sinonim), digunakan apabila sesuatu istilah tidak difahami oleh pembaca.
Cth: bentuk = struktur = rangka
b. Takrifan Nominal/stipulatif – pernyataan makna istilah baru atau lama yang mempunyai makna baru
Cth: welstanchuung = mayatilik = budaya
Wagas = wawasan + gagasan
c. Takrifan asal-usul/ etimologi – mendapatkan makna sesuatu istilah melalui asal-usul dan sejarah semantik, makna asal, perubahan dan perkembangan perkataan.
Cth:Khalifah = sejarah selepas kewafatan Nabi dan konsep masa kini.
Cara Pentakrifan
d. Takrif Contoh – menerangkan konsep melalui contoh-contoh untuk memahami perkataan abstrak spt. Agama, budaya, demokrasi an kesedihan.
e. Takrifan kelas pembahagian – penerangan makna dengan meletakkan istilah pada kelasnya.
Cth: Aids = penyakit dari virus yang mengganggu sistem ketahanan badan mangsa.
f. Takrifan Ostensif – takrifan literal dengan menunjukkan perkara yang ditakrifkan.

PENAMSILAN
Perbandingan yang dilakukan dengan memperkenalkan subjek kedua bagi menunjukkan persamaan dan menerangkan topik utama. Fungsinya untuk menterjemah idea abstrak/ kompleks kepada bahasa konkrit.
Analogi – penamsilan sampingan untuk tujuan penegasan atau penerangan. Ia merupakan subjek yang mempunyai sifat yang amat berbeza.
Cth: Perceraian = negara yang gersang
b. Penamsilan logikal – alat pemujukan dan menyediakan bukti untuk mengesahkan sesuatu kesimpulan.
Cth: kenal Allah = kenal kejadian-Nya spt kenal kejujuran melalui perbuatan seseorang.

PERBANDINGAN
Menanggapi sesuatu perkara melalui perbzaan dan persamaan, sekurang-kurangnya dua subjek.
Persamaan – menekankan ciri-ciri serupa
Perbezaan – melihat aspek-aspek berlainan tetapi kedua-duanya mempunyai tugas dengan cara yang sama.
Cth: Doktor dan peguam = profesional

PENCERAKINAN
Teknik perkembangan topik dengan memecah-mecahkan kepada beberapa komponen dan kemudian membincangkan komponen itu satu persatu dengan membentuk kesatuan antara bahagian-bahagian itu.
Membahagi-bahagikan subjek kepada bahagian-bahagian tertentu.
Cth: manusia = jasmani, rohani dan mental
b. Pencerakinan proses – bagaimana sesuatu perkara berlaku dengan pembinaan unsur-unsur dalam susunan yang logik.
i. Proses fizikal- natural, saintifik atau mekanikal
Cth: : Langkah-langkah mengatasi masalah
ii. Proses sejarah polotik/ sosial
iii. Aktiviti individu

PERCONTOHAN
Teknik bagi membantu untuk menandakan penulisan. Kaedah percontohan untuk memantapkan huraian yang masih longgar dan menggambarkan sesuatu yag kukuh. Ditandai dengan misalnya, contohnya, seperti, umpamanya dll.
Percontohan berganda – pengembangan idea atau perenggan melalui percontohan, bermula dengan ayat topik kemudia diterangkan melalui percontohan khusus yang berbilang dan pendek.
Percontohan mengembang – perengan diperluas oleh contoh yang panjang. Penerangan yang jelas terhadap fokusnya menggunakan satu contoh yang khusus.

PETIKAN
Merupakan sokongan terhadap hujahan, kenyataan atau idea yang dikemukakan – bukti wibawa untuk kuatkan dakwaan atau penilaian.
Petikan langsung – memetik kata-kata serupa atau tepat dengan katakata sumber. Ditandai dengan pengikat kata. Tujuannya untuk ketepatan dan kesahihan.
b. Petikan tidak langsung - mementingkan maksud/ idea dan ayat yang dikemukakan tidak sama dengan kata-kata sumber. Mengalami perubahan mengikut kehendak pemetik dan tidak ditandai dengan pengikat kata.

ANEKDOT
Bentuk percontohan dalam bentuk cerita ringkas yang menarik supaya dapat menjelaskan maksud. Sifatnya dramatik dan lucu untuk mewujudkan kesegaran, hidup dan ceria, menyentuh perasaan hingga sukar dilupakan – menunjukkan pengalaman luas pencerita

PEMUJUKAN
Usaha untuk mengubah pemikiran, kepercayaan, dan perlakuan.
Pembaca dan memahami kehendak mereka adalah tumpuan penulis.
Penulis bukan shj perlu tahu taraf pengetahuan dan pembacaan pembaca tetapi juga kecenderungan, minat, taraf pendidikan, kebolehan membaca, nilai, kecondongan, sikap, idaman dan perkara yg tidak disenangi atau ditakuti.
Jenis pemujukan : pemujukan rasional dan pemujukan tidak rasional/ emotif.

Pemujukan Rasional
Rayuan intelek: berusaha membuat pembuktian dengan logik dan fakta-fakta.
Menganggap pembaca sebagai bijak & objektif.
Disebut juga penghujahan: mempengaruhi pembaca melalui alasan-alasan yg kukuh.
Pemikiran perlu jelas, waras, logik dan mempunyai daya tahan.
Menghormati pendapat orang lain.
Pendalilan Naqli – al-Quran, Hadis, Fakta sejarah, fakta sains, pendapat pakar
Pendalilan Akli – Pentakrifan, pentasdikan, pengklasifikasian

Pemujukan emotif/ tidak rasional
Merayu emosi atau disebut pathos .
Kesan emosi yang ditimbulkan ialah gembira, belas kesihan, gerun, rasa bersalah, marah, takut, cinta dll. Penulis memain-mainkan perasaan pembaca untuk mengubah kepercayaan dan kelakuan pembacanya.
Pemujukan emotif sering mewujudkan masalah moral - alat pemujukan imej yang tidak semestinya jujur. Imej memanipulasi emosi.
Bentuk pemujukan emotif - satira, Eulogi dan patos.

PENEKANAN
Penyusunan semua unsur dalam penulisan ditulis dengan cara paling sesuai dan mencapai matlamat.
Penekanan pemilihan perkataan yang nyata dan jelas
Meletakkan unsur penekanan di posisi yang tertentu
Membincangkan secara terperinci unsur yang diberi
Mengulang idea
Guna gaya bahasa dan hujah yang mantap.

GAYA / STYLE
Style – kemampuan menulis dan mempergunakan kata-kata secara indah dan berkesan – sinonim dengan diksi – pilihan kata yang sesuai; kata, frasa, klausa, kalimah, wacana Keseluruhan dan nada.
Gaya bahasa – cara menggunakan bahasa – dapat dinilai keperibadian, watak dan kemampuan penulis menggunakan bahasa itu.
Gorys Keraf : Style – cara mengungkapkan pemikiran melalui bahasa secara khas yang memperlihatkan jiwa dan keperibadian penulis.

SENDI GAYA BAHASA
Gaya bahasa yang baik; 
a.     Kejujuran – penulis mengikut peraturan, kaedah yang baik dan benar dalam berbahasa – kata-kata yang jelas, tersusun dan berstruktur – ungkapan fikiran yang jujur;
Kata-kata kabur – menyembunyikan fikiran.
Kata berbelit-belit – penulis tidak tahu apa yang hendak diperkatakan/ cuba menyembunyikan kekurangan.
b.    Sopan santun – memberi penghargaan atau menghormati pembaca – memanisfestasikan melalui kejelasan dan kesingkatan. 
Kejelasan – pembaca tidak perlu memeras otak untuk memahami maksud penulis; Jelas dalam struktur gramatikal kata dan kalimah, Jelas dalam pengungkapan fakta melalui kalimah atau kata-kata, jelas dalam urutan idea secara logis, Jelas dalam penggunaan kiasan dan perbandingan.

Kesingkatan – mempergunakan kata-kata secara berkesan, meniadakan tautology atau pengulangan yang tidak perlu atau longgar.
c. Menarik – Gaya yang menarik diukur melalui komponen penggunaan ayat atau kalimah; membuat perbezaan (variasi) – memiliki kekayaan kosa kata, Humor yang sihat – memberi kegembiraan dan kenikmatan pembaca, bertenaga, imaginatif dan mempunyai pengertian yang baik


DIKSI/ DICTION
Diksi ialah pemilihan perkataan yang sesuai mengikut situasi. Penulis perlu bijak memilih perkataan yang bersesuaian dan berkualiti untuk penulisannya.
Perkataan yang dipilih bukan sahaja tepat dari segi makna bahkan perlu sesuai dari segi konteks penggunaannya;

A. KETEPATAN MAKSUD
Writer/ penulis melihat kepada subjek yang dipilih
Idea (concept) yang dipilih difahami oleh penulis dan pembaca
Thing (Referent: benda/perkara/ subjek) merujuk kepada subjek yang dipilih sama dengan yang difikirkan oleh pembaca
Name (Word) perkataan yang dipilih sesuai dan tepat serta memberi pengertian yang serupa antara penulis dan pembaca
Reader memahami apa yang disampaikan oleh penulis.

Sinonim : menggunakan perkataan yang sesuai antara dua perkataan yang sama makna tetapi mempunyai maksud tersendiri
Tone: setiap perkataan mempunyai nadanya yang tersendiri. Pemilihannya berdasarkan nada yang sesuai dengan suasana yang ingin diwujudkan.
Eufemismus iaitu memilih ungkapan halus atau menyenangkan untuk menggantikan perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Ia merupakan kiasan untuk mengubah atau menyesuaikan fakta antara penulis dengan pembaca.

Ungkapan ini biasanya membantu jika perkataan itu sukar untuk diluahkan.
Perkataan yang munasabah/ tepat yang bukan sahaja mempunyai nilai estetika atau berkesan tetapi juga mempunyai nilai etika.

B. KUALITI PERKATAAN
Solid Word: perkataan yang digunakan bersesuaian dengan situasi atau kalimah yang digunakan tepat maknanya;
a.   Specific word (perkataan yang khusus) spt. kasut, baju, seluar, sapu tangan, stoking dll.
b.  General word (perkataan yang bersifat umum) spt. pakaian.
c. Concrete word (perkataan yang konkrit): merujuk kepada benda atau perkara yang khusus yang dapat dikesan oleh deria, dapat disentuh, dilihat, dirasa dan dihidu. Spt. Buku berwarna merah itu terletak di rak tengah.
d. Abstract words (perkataan yang abstrak) merujuk kepada kualiti yang dikongsi bersama-sama oleh banyak benda dan perkara; Spt; kecantikan yang memberi gambaran yang berbeza-beza mengikut kefahaman masing-masing.

Strong Word iaitu penggunaan perkataan yang tepat dan tidak meleret-leret untuk menjelaskan/ menghuraikan tentang maksud idea dalam ayat.
Spt: Akal membezakan antara manusia dengan binatang.
Fresh words iaitu penggunaan perkataan yang segar dan berlainan atau menggunakan satu perkataan tetapi memberi maksud yang disebaliknya.
Spt: Masa yang diberikan terlalu lama untuk mendengar celotehnya – untuk menunjukkan bosan.

Figurative words iaitu penggunaan perbandingan atau analogi dalam ayat;
a. Figures of Similarity; perbandingan dua perkarayang berlainan tetapi mempunyai sifat yang sama – Simili, Metafora
Allusion : persamaan sesuatu perkara dengan seseorang atau peristiwa
cth: persengketaan kaum dgn peristiwa 13 Mei 69

Hiperbola: menggunakan kata yang berlebih-lebihan untuk menerangkan sesuatu
cth: Darah mengalir deras seperti air sungai
Litotes: Pemakaian bahasa untuk tujuan merendah diri
Cth. Saya ini bukan sesiapa.
Irony: penggunaan kata dengan maksud yang sangat berbeza daripada makna sebenar
cth: Cantik sungguh muka awak! – hodoh

b. Figures of Contiguity iaitu penggunaan nama sesuatu untuk merujuk kepada kelazimannya
Metonimi: penggunaan nama sesuatu benda untuk merujuk benda lain yang sifatnya ada hubungan logik.
Cth: Bulan Sabit – Islam
Sinekdote: Penggunaan nama sesuatu benda yang memang mempunyai perkaitan langsung.
Cth: benang – pakaian

c. Figures of sound iaitu penggunaan perkataan yang mempunyai unsur bunyi yang sama.
Aliterasi : pengulangan konsonen yang sama untuk tujuan perhiasan atau penekanan.
Asonansi: Pengulangan huruf vowel.

PENGULANGAN
Tujuan;
- keindahan bahasa/ kelunakan bunyi
- penekanan/menguatkan makna
- penegasan
- keutamaan subjek
Pemakaian secara sederhana mengikut tujuan dan jangan keterlaluan.

KULIAH 8: KAEDAH PENULISAN NOTA KAKI DAN BIBLIOGRAFI

FUNGSI NOTA KAKI
Memberi maklumat tentang asal-usul sumber yang dirujuk.
Kaedah yang ada : The Chicago Manual Style, Turabian Style, American Psycological Association (APA), Moden Language Association of America (MLA) dan Gaya Dewan.

PERANAN NOTA KAKI
Memberi maklumat lengkap tentang sumber rujukan – buku, majalah, tesis, makalah, internet, jurnal dll.
Membuat rujukan silang (cross reference) iaitu memaklumkan pembaca bahawa perkara yang sama dibincangkan dalam halaman atau bab lain dalam buku yang sama
Untuk memberi komen dan pandangan
Memberikan rujukan tambahan
Memindahkan petikan langsung dari teks ke nota kaki, untuk mengelakkan gangguan dalam teks.

FUNGSI BIBLIOGRAFI
Bibliografi – maklumat lengkap tentang bahan rujukan yang digunakan untuk menghasilkan penulisan- bahan utama yang telah dirujuk, bahan tambahan bacaan yang relevan, memberi penerangan ringkas tentang bahan dirujuk.
Kaedahnya Chicago Manual, turabian, APA, MLA dan Gaya Dewan.

PEMBAHAGIAN BIBLIOGRAFI
Rekod rasmi yang tidak diterbitkan
Rekod rasmi yang diterbitkan
Dokumen peribadi
Surat khabar dan majalah
Senarai buku dan artikel
Bahan-bahan umum

AMERICAN PSYCHOLOGICAL ASSOCIATION (APA)
Nyatakan nama keluarga pengarang, tahun buku diterbitkan dan halaman buku dalam kurungan.
Mengurangkan ruang dan maklumat tidak perlu dinyatakan dalam nota kaki.
Maklumat lengkap dalam bibliografi yang disusun mengikut abjad
Nota kaki yang ditulis digunakan sebagai rujukan tambahan tentang isu yang dibincangkan dlm teks, istilah, rujuk bahan bacaan lain.
Nota kaki juga disebut Notes dan ditempatkan di akhir penulisan ditulis langkau dua baris dan ayat pertama dimulakan dengan paragraf dengan lima bar ke dalam dari sebelah kiri.
contoh:
Menurut Bassett (1960), kegiatan pedagang negeri dapat dikesan di Negeri-negeri Melayu sejak awal abad ke-17 Masihi (hlm.16). Pedagang negeri juga dikenali sebagai pedagang persendirian dan mereka berdagang di luar bidang kuasa Syarikat Hindia Timur Inggeris (Furber, 1951,hlm. 33). Aktiviti mereka di Semenanjung Tanah Melayu tertumpu di Kedah, Pahang, Johor, Selangior dan Linggi 1. Antara pedagang negeri yang terkenal pada tahun 1970-an dan 1780-an ialah Francis Light, James Scott dan Thomas Foirrest. Kemuncak pengaruh mereka terlihat dengan penguasaan Pulai Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786.
Nota
1Misi pedagang negeri di kepulauan Melayu terlihat sepanjang abad ke-18 Masihi. Pada tahun 17737, beberapa orang kapten laut Inggeris telah mengadakan hubungan dagang dengan Terengganu… (Bassett, 1960: 24 -9)

Bibliografi
Disebut senarai rujukan dan disusun langkau dua baris dan ikut abjad
Nama keluarga, tahun terbitan, tajuk buku, tempat terbit dan penerbit
Nama keluarga diikuti nama pengarang dalam singkatan (Andaya, B.W.)
Baris pertama tentang maklumat penerbitan, bermula dari kiri dan baris kedua ditolak tiga bar ke dalam
Permulaan tajuk buku dengan huruf besar diikuti huruf kecil.
Huruf pertama subtajuk dieja dgn huruf besar
Nama khas, awal perkataan huruf besar
Sebahagian besar maklumat dipisahkan oleh tanda titik dan noktah bertindih
Pengarang yang sama dirujuk pada tahun yang sama akan diulang dengan tahun penerbitan – a, b dan seterusnya
Tajuk tesis dan semua rujukan yang diterbitkan akan digaris
Tajuk artikel tidak digaris, tetapi jurnal akan digaris
Bagi artikel, jurnal dan tesis, perlu dinyatakan halaman
Contoh: Alvarez, A. (1970). The savage god: A study of suicide. New York: Random house

CHICAGO
Nota kaki atau nota hujung:
Nota kaki ditulis dengan nama penuh pengarang
Bahan yang diterbitkan digaris atau diitalik
Diletakkan di bahagian bawah setiap halaman atau diakhir penulisan
Disusun mengikut nombor
Dimulai agak ke dalam sedikit seperti paragraf
Kebanyakan maklumat dalam nota kaki dipisahkan oleh koma kecuali maklumat tentang penerbitan yang dinyatakan dalam kurungan
Huruf pertama setiap tajuk buku dieja buruf besar kecuali kata hubung
Nota kaki ditulis langkau sebaris tetapi langkau dua barus antara noa kaki.
Bagi catatan hujung (end notes), nota dalam teks dan catatan hujung ditulis langkau dua baris.
Tidak perlu menggunkan singkatan op.cit dan loc. cit
Jika pengarang sama menulis dua buku, ringkaskan tajuk buku.
Contoh;
Kegiatan pedagang negeri dapat dikesan di Negeri-negeri Melayu sejak awal abad ke-17 Masihi.1 Pedagang negeri juga dikenali sebagai pedagang persendirian2 dan mereka berdagang di luar bidang kuasa Syarikat Hindia Timur Inggeris.3 Aktiviti mereka di Semenanjung Tanah Melayu tertumpu di Kedah, Pahang, Johor, Selangior dan Linggi.4 Antara pedagang negeri yang terkenal pada tahun 1970-an dan 1780-an ialah Francis Light, James Scott dan Thomas Forrest.5 Kemuncak pengaruh mereka terlihat dengan penguasaan Pulai Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786.6
-----------
1D.K. Bassett, “European Influence in the Malay Peninsula, 1511-1786”, Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS), 33, 3, (1960), 16
2Ibid., 19
3H. Furber, John Company at Work, (Cambridge: Cambridge University Press, 1951), 15
4Bassett, 19
5D.K Bassett, “Thomas Forrest an Eighteen Century Mariner”, JMBRAS, 34, 2, (1961), 12
6Bassett, “European Influence”, 26

BIBLIOGRAFI (CHICAGO)
Rujukan disebut bibliografi dan disusun ikut abjad, nama keluarga, tajuk buku, tempat terbitan, penerbit dan tahun terbitan
Bibliografi tidak diberi nombor dan disusun langkau sebaris
Maklumat dipisahkan oleh noktah
Nama keluarga pengarang ditulis lengkap (Andaya, Barbara Watson)
Jika pengarang menulis dua buah buku, buku kedua dan berikutnya akan disusuli dengan garis panjang

Abelard, Peter. Merit and Responsibility; A Study in Greek Values. Oxford: Clarendon Press, 1960
D.K. Bassett, “European Influence in the Malay Peninsula, 1511-1786”, Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS), 33, 3, 1960
_________ , “Thomas Forrest an Eighteenth Century Mariner”, JMBRAS, 34, 2, 1961


TURABIAN
Nota kaki (KAEDAH PERTAMA)
Nota kaki ditulis nama penuh pengarang diikuti tajuk buku, tempat terbit, penerbit, tarikh terbit dan halaman
Kesemua rujukan yang diterbitkan digaris atau italik
Diletakkan dibahagian bawah setiap halaman dan dimulakan agak ke dalam sedikit seperti paragraf
Disusun ikut nombor urutan
Maklumat dipisahkan oleh tanda koma kecuali tentang penerbitan yang dinyatakan dalam kurungan
Huruf pertama setiap tajuk buku dieja huruf besar kecuali kata hubung
Ditulis langkau sebaris dan dua baris antara nota kaki
Gunakan singkatan ibid untuk rujukan pengarang yang dibuat secara berurutan, jika berbeza halaman dinyatakan halaman selepas ibid. (ibid., hlm. 34)
Rujukan dari pengarang yang sama diselangi rujukan lain dinyatakan nama keluarga pengarang, ringkaskan tajuk buku dan sebutkan halaman
Tidak perlu guna op. cit dan loc. Cit
Nota Kaki (Kaedah kedua);
Dimulakan dengan nama keluarga pengarang, diselangi dengan satu bar.
Tahun terbitan dan diikuti oleh koma dan halaman.
Jika pengarang menghasilkan dua buah buku pada tahun yang sama, perlu dinyatakan, ditulis a, b dan seterusnya.
Kesemua maklumat ini dinyatakan dalam tanda kurung
Contoh:
Perubahan-perubahan yang berlaku di Eropah, pada awal abad ke-15 Masihi telah meletakkan asas bagi kebanyakan perubahan dunia pada abad berikutnya (Green 1970, 24) Renaisans merupakan satu-satunya gerakan intelektual yang menjadi pemangkin kepada perubahan yang lebih besar (Williamson 1964, 5)

Bibliografi
Disusun mengikut abjad dan nama keluarga ditulis dengan lengkap (Andaya, barbara Watson)
Huruf pertama dalam setiap perkataan tajuk buku dieja dalam huruf besar, kecuali kata hubung
Tahun terbit buku diletakkan diakhir
Bibliografi dimulakan di sebelah kiri dan baris kedua dijarakkan drpd baris pertama
Kesemua maklumat tentang penerbitan dipisahkan oleh tanda noktah, koma dan noktah bertindih
Halaman dikemukakan apabila merujuk artikel dalam jurnal atau bab daripada buku atau tesis.
Pengarang yang menulis lebih sebuah buku dibuat tanda panjang (8 bar) diikuti noktah
Buku yang tiada pengarang disusun ikut tajuk buku dan abjad
Rujukan yang diterbitkan digaris atau diitalik.
Tanda kutipan digunakan bagi artikel dan komponen lain yang hanya sebahagian daripada kseluruhan penerbitan
Bibliografi ditulis Bibliografi Terpilih, Senarai Rujukan atau Sumber Rujukan
Contoh;
Seorang pengarang
Tillich, Paul, Systematic Theology. Chicago: University of Chicago Press, 1951.
Dua orang penulis
Houghton, Walter E. dan Stange, G. Robert, Victorian Poetry and Politics. Cambridge: Harvard University Press, 1959.

MODERN LANGUAGE ASSOCIATION OF AMERICA (MLA)
Nota kaki
Jarang digunakan dalam bidang sains sosial.
Sesuatu petikan disusuli oleh pengarangnya.
Petikan berakhir dengan nombor halaman yang dinyatakan dalam kurungan.
Keterangan sumber lengkap di bahagian bibliografi
Nota kaki diperlukan apabila memerlukan huraian kandungan.
Contoh: Dalam buku History and Education, Paul Nash menyatakan, “Facts do not speak for themselves: They are meaningless and powerless without a human mind to give them shape form, organization, sequence, interrelationship, and significance (10). 4
__________
4Untuk penjelasan lanjut tentang interpritasi dalam sejarah, rujuk Barzun dan Graff (42-56) dan Suntharalingam (28- 40)

MLA… bibliografi
Disebut Senarai Rujukan (Work Cited)
Diletakkan pada bahagian akhir tulisan dan dimulakan dalam halaman baru
Dilangkau dua baris
Rujukan yang melebihi satu baris, maklumat tambahan harus ditolak ke dalam sebanyak 5 bar dari sebelah kiri
Disusun ikut abjad dan nama keluarga ditulis lengkap (Andaya, Barbara Watson)
Buku tiada pengarang dimulakan dengan tajuk buku
MLA… bibliografi
Disusun ikut nama keluarga pengarang, (noktah), tajuk buku (digaris), tempat terbit (noktah bertindih), maklumat penerbit (koma) dan tahun terbitan (noktah).
Pengarang dengan dua buku perlu menggunakan tanda sempang (tiga) diikuti titik kemudian tajuk buku.
Contoh;
Cooperman, Stanley. The Major Works of John Steinback. New York: Monarch, 1964

---. TheNovel of Violence in America. Dallas: Southern Methodist UP, 1976

GAYA DEWAN
Nota kaki
Maklumat yang ada hanya nama penulis, tarikh terbita bahan dan halaman dalam tanda kurungan. Maklumat lengkap bahan rujukan dikemukakan dalam Senarai Rujukan.
Ditaip pada halaman yang sama dengan halaman teks atau akhiran
Dipisahkan daripada teks oleh garis halus sepanjang 2.5 cm
Nombor nota kaki dan bahan nota dicetak separas dan kedudukannya dipisahkan 1cm.
Baris nota berikutnya sejalur dengan ayat pertama nota.
Saiz taip nota kaki ialah 2 point lebih kecil daripada saiz teks.
Penomboran berurutan dan menggunakan nombor baru untuk bab yang baru.
Jika nota melebihi satu halaman, bahan dijadikan nota bab atau nota hujung dan diletakkan dihujung bab.
Contoh:
Wakil-wakil Parti Rakyat Malaysia Kalimantan Utara itu sebenarnya merupakan Parti Rakyat Brunei yang diharamkan penubuhannya oleh kerajaan Brunei. Parti itu, yang telah dibentuk degan restu Parti Rakyat Malaysia Tanah Melayu (PRM), ialah “cawangannya” di Brunei (Ramlah Adam, 1994, hlm. 263). Kehadiran mereka dalam kongres kedua PRM itu, menunjukkan adanya hubungan yang rapat antara kedua-duanya. Hubungan ini akan terus berlanjutan sehingga melibatkan Ahmad Boestamam secara mendalam.7

__________
7. Lihat perbincangan tentang hal ini pada bahagian akhir

Bibliografi
Disusun mengikut abjad, nama keluarga, tahun terbit, tajuk buku, tempat terbit dan penerbit.
Nama penulis atau editor diikuti tanda koma dan tahun terbitan
Tahun terbit diikuti tanda noktah
Judul terbitan dicetak italik dan diikuti noktah.
Bilangan jilid (jil.), bilangan edisi/ cetakan diikuti noktah
Tempat terbit diikuti noktah bertindih diikuti nama penerbit dan noktah.
Jika lebih satu karya, nama penulis diulang dan disusun mengikut urutan tahun terbitan
Pengarang menghasilkan dua karya dalam tahun yang sama, judul karya disusun ikut abjad
Contoh:
Ramlah Adam, 1994. Ahmad Boestamam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957- 1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zulkarnain Abdul Rahman, 1995. “Ekonomi Sungai Ujong 1800 – 1895”. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Malaya.
Suffian Mansor, Julai 2000. “Persidangan Yalta dan Kesannya Ke atas Asia Timur”. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Jabatan Sejarah. Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Universiti Malaya.

RUJUKAN DARI INTERNET
CHICAGO (Nota kaki = Bibliografi)
1Tom Wilson, “In the Beginning Was The Word: Social and Economic Factors in Scholarly Electronic Communication”, Kertas Kerja Elvira, 10 April 1995. (23 Mei 2000)

APA
Nota kaki:
(Superfund cleanup acceleration act of 1999, 1999)
Bibliografi:
U.S.Cong. Senate. (1999). Superfund cleanup acceleration act of 1999. Bil Senat 8. Diperolehi pada 16 April 1999 daripada Laman Web Dunia: http.thomas.loc.gov/cgiin/query/2?C105:S.8.html

Turabian
1Sivachandralingam, “Pemikiran dan Penulisan Ilmiah di Universiti”, Kertas kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Fasilitator untuk Modul Pengayaan Pembelajaran Pelajar Baru Sesi 1990/2000 di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, April 1999. Talian Online Internet. Boleh diperoleh daripada (20 Februari 2001).

MLA
Nota kaki dari internet ditulis seperti bahan bercetak
Contoh:
Harnack dan Kleppinger mendefinisikan usenet sebagai “suatu jaringan” (network) yang menyediakan akses untuk kumpulan perbincangan elektronik (newsgroup).
Senarai Rujukan:
Harnack, Andrew dan Eugene, Kleppinger. Online! A Reference Guide to Using Internet Sources. New York. 1997. 26 April 1999. “http://www.indiana.edu/letrs/vwwp/nesbit/balsoc.html”

Latihan Tutorial
Analisis Jurnal Usuluddin dan Jurnal Afkar. Analisis kaedah penulisan artikel yang digunakan.

KULIAH 7: PROPOSAL PENYELIDIKAN

PROPOSAL PENYELIDIKAN
BIDANG PENYELIDIKAN
Bidang mestilah khusus bagi kajian yang akan dilaksanakan.
Contoh: Metodologi Dakwah, Tokoh Dakwah, Pembangunan Insan, Kaunseling Islam, Media Dakwah, Komunikasi Dakwah, Penulisan Dakwah, psikolosi Dakwah, Institusi Dakwah.

TAJUK
Pernyataan tajuk mestilah mampu menjelaskan persoalan pokok dan fokus kepada kajian yang hendak dilakukan
Contoh: Metodologi Dakwah Terhadap Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan

LATAR BELAKANG MASALAH
Membincangkan situasi atau punca timbulnya masalah yang akan dikaji. Keberkesanan perbincangan ini boleh dilihat pada kemampuannya untuk menampakkan masalah berkenaan dan pentingnya untuk diteliti dan didalami. Bahagian ini akan memperlihatkan premis bagi kajian berkenaan.
Bagi menjelaskan bahagian ini, kajian perpustakaan perlu dilakukan.

PERNYATAAN MASALAH
Bahagian ini hendaklah merumuskan persoalan sebenar yang akan dikaji. Ia boleh dibuat dalam bentuk penjelasan tentang perkara yang akan menjadi tumpuan kajian, atau juga dalam bentuk senarai soalan.
Contoh: Apakah konsep Saudara Baru?
Bagaimanakah JAIS melaksanakan pendidikan untuk Saudara Baru

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif menjelaskan halatuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan dicapai di akhir kajian nanti. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional serta relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh diukur.
Contoh: menjelaskan tentang konsep Saudara Baru menurut Islam.

HIPOTESIS KAJIAN (JIKA PERLU)
Hipotesis ialah pernyataan sementara tentang hubungan antara unsur-unsur yang dikaji atau tentang cara penyelesaian bagi sesuatu masalah. Sekiranya calon merasakan bahawa pernyataan seperti ini diperlukan untuk kajiannya bagi mempastikan bahawa kajiannya akan lebih terfokus maka pernyataan berkenaan hendaklah dibuat secara jelas, padat dan tidak mengelirukan.

KEPENTINGAN KAJIAN
Calon hendaklah menjelaskan kepentingan dan sumbangan kajian yang akan dilaksanakan terhadap bidang yang dikaji seperti dapat memantapkan penjelasan tentang sesuatu hukum, memperkemaskan sesuatu kaedah, membetulkan sesuatu fahaman atau seumpamanya. Juga kepentingan dan sumbangannya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

DEFINISI TAJUK
Bahagian ini menjelaskan knsep-konsep utama yang terdapat pada tajuk yang dicadangkan itu. Penjelasan ini akan membantu penilai cadangan untuk lebih memahami tajuk serta skop kajian.

SKOP KAJIAN
Skop dimaksudkan ialah batasan kajian yang akan dijalankan. Penjelasan ini perlu bagi mempastikan penilai dapat memahami sempadan kajian berkenaan.
Contoh: Kajian akan mengedar 100 borang soal selidik kepada 100 orang saudara baru yang menyertai program dakwah di JAIS.

KERANGKA TEORI DAN ULASAN KAJIAN LITERATURE
Menjelaskan kerangka teori atau Theoretical framework yang akan menjadi asas bagi menyelesaikan atau menghuraikan masalah yang akan dikaji. Calon perlu membincangkan hasil-hasil kajian lepas yang berkaitan atau boleh dikaitkan dengan masalah yang dikaji terutama sekali untuk menjelaskan kedudukan kajian dalam konteks kajian-kajian yang pernah dilakukan.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA/ METODOLOGI KAJIAN
Bagi kajian yang melibatkan pengumpulan data lapangan, calon hendaklah memberi penjelasan yang teliti dan meyakinkan tentang kaedah-kaedah yang akan digunakan. Bagi calon yang akan menggunakan kajian perpustakaan sepenuhnya, sumber data/ maklumat hendaklah dijelaskan.

KAEDAH ANALISIS KAJIAN
Menjelaskan perancangannya tentang cara bagaimana mengoleh data yang akan dikumpul untuk menjawab objektif kajiannya.
Kajian lapangan – analisis kuantitatif (SPSS)
Kajian teks - analisis kualitatif(Nvivo)

BIBLIOGRAFI
Senaraikan rujukan yang telah digunakan untuk menyediakan cadangan kajiannya. Senarai ini hendaklah meyakinkan penilai bahawa rujukan sewajarnya telah dibuat.

JADUAL KERJA PENYELIDIKAN
Satu jadual kerja perlu dilakukan supaya kajian itu berjalan dengan lancar mengikut jadual.
Contoh: (RUJUK PENSYARAH)

PELAKSANAAN PENYELIDIKAN
Sepanjang proses penyelidikan berjalan, hubungan dengan penyelia perlu dilakukan. Pastikan memperolehi nasihat secukupnya dalam menentukan bentuk penyelidikan yang akan dilaksanakan.
Penyelidikan sebenar tidak akan dapat dilakukan sepenuhnya jika cadangan penyelidikan belum dihalusi dan dipersetujui oleh penyelia.

Sebarang perubahan metod atau prosedur dalam kajian hanya dibuat dengan persetujuan penyelia
Semua perkembangan penyelidikan dan penulisan kajian hendaklah dimaklumkan kepada penyelia
Simpan data bahan kajian yang diperolehi bagi menghadapi kemungkinan ia diperlukan kemudian.

DRAF PERTAMA – draf pertama bab-bab penulisan hendaklah dihantar kepada penyelia dengan bertaip, bersih dan kemas serta dimasukkan dalam folder. Folder mesti bernama, bertajuk dan disertakan rangka kasar kajian.
DRAF KEDUA – semasa hantar draf kedua, draf pertama dikepilkan bersama. Ia dibuat dengan mengambilkira ulasan dan komen penyelia terhadap draf pertama.

GAYA PENULISAN – mengikut format penyediaan penyelidikan yang disediakan oleh APIUM. Segala ejaan, transliterasi, susunan ayat dan penggunaan istilah hendaklah betul.
PENGESAHAN TAJUK
Permohonan pengesahan tajuk perlu dilakukan sebelum semester bermula. Permohonan melalui borang perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan penyelia yang dipilih masing-masing.

PENYERAHAN PENYELIDIKAN
Sebelum dijilid, draf terakhir keseluruhan kajian hendaklah ditunjukkan terlebih dahulu kepada penyelia untuk semakan terakhir. Penyerahan penyelidikan yang sudah dijilid hendaklah menggunakan borang yang disediakan oleh Jabatan. Penyelidikan mesti dihantar seminggu sebelum peperiksaan bermula atau dengan budi bicara dengan penyelia.

ETIKA PENYELIDIKAN
Penulisan mestilah hasil asal calon. Sebarang bentuk plagiarism dilarang sama sekali. Plagiarism ialah perbuatan mengambil idea, tulisan, data atau rekjaan orang lain dan mendakwa idea, tulisan, data atau rekaan itu adalah hasil ciptaan atau dapatannya sendiri. Plagiarism juga berlaku apabila idea, perkataan, tulisan, data, rekaan karya orang lain diguna tanpa mencatatkan rujukan karya asal atau penghargaan kepada penulis asal.

ABSTRAK
Abstrak mengandungi penjelasan ringkas berkenaan tujuan utama, masalah, kaedah dan penemuan utama kajian. Panjang abstrak lebih kurang 500 patah perkataan.

Latihan Tutorial
Siapkan satu proposal penyelidikan mengikut bidang yang dipilih.
Tajuk
Bidang
Objektif
Kepentingan
Metodologi penyelidikan

KULIAH 6: PENULISAN ESEI AKADEMIK

PENULISAN ESEI AKADEMIK
Penulisan ilmiah dan formal dari segi bentuk dan gaya bahasa.
Untuk tujuan akademik dan pembelajaran.
Tajuk yang dipilih mestilah serius dan bersifat semasa mengikut bidang pelajaran masing-masing.
Rujukan diperlukan untuk sokongan, penerangan, hujahan dan pembuktian.


CIRI-CIRI PENULISAN ESEI
Pengitlakan (pernyataan) – dikemukakan dalam esei mengikut pertimbangan minda yang matang hasil pembacaan dan pengalaman serta pengamatan terhadap fenomena yang berlaku.
Sokongan, penerangan dan hujahan - sebarang pengitlakan memerlukan sokongan yang mantap agar pembaca meyakini pernyataan penulis
Penulis menjurus kepada subjek yang dibincangkan atau bidang yang dipilih.
Ayat-ayat yang membina penulisan esei – ayat yang jelas, mudah dibaca atau menggunakan ayat aktif supaya cepat bergerak dari satu idea ke idea seterusnya – pembaca hanya mahu mencari isi kandungan dan hujahan penulis sahaja. Pembaca tidak mementingkan unsur-unsur penyampaian penulisan.
Analisa terhadap subjek yang dibincangkan buat dengan berhati-hati, menekankan kebenaran, mengandungi kenyataan dan penerangan yang jelas- penganalisaan berdasarkan data kajian – penemuan dijelaskan dan dihuraikan dengan pembuktian – kemahiran menganalisa amat berguna

Bahan-bahan bersifat kompleks tetapi kelihatan mudah dengan penggunaan analogi dan imej2 yang jelas- konsep yang sukar dijelaskan
Idea dikemukakan ialah idea baru yang melibatkan kemanusiaan, kebudayaan, masyarakat, sejarah atau idea lama tetapi dilihat dari perspektif yang baru
Esei juga mungkin satu penilaian semula terhadap pendapat orang lain atau sekadar penyelarasan terhadap fakta yang sedia ada.
Khalayak – pensyarah, pengkaji, mahasiswa

PENULISAN ESEI AKADEMIK
Fokus tajuk esei
Bidang
Pendefinisian konsep dari pelbagai sarjana
Isi
Penemuan kajian
Perbahasan para ilmuan tentang isu yang diperkatakan
Carta/ Jadual
Penutup
End note/ footnote/ sidenote
Senarai rujukan
Jumlah halaman – 10 – 15 halaman

LAPORAN PENYELIDIKAN
Bentuk hasil penyelidikan yang mempunyai format tertentu.
Mengandungi latar belakang masalah, literature review, hipotesis kajian, metodologi kajian, analisis kajian/ penemuan dan kesimpulan.
Laporan ditulis dalam Latihan Ilmiah, Disertasi, Tesis dan Kertas Kerja Pembentangan
Ditulis dalam 5- 8 bab (10k – 60k patah perkataan/ 50 – 300 halaman)

KULIAH 4 & 5: METODOLOGI PENYELIDIKAN

PENGENALAN
Metodologi dalam penyelidikan amat penting bagi memberi panduan kepada pengkaji bagaimana data dikutip dan dikumpul.
Penjelasan tentang metodologi yang digunakan akan memudahkan pengkaji dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan secara lebih sistematik dan menjimatkan masa
Metodologi penyelidikan terbahagi kepada dua;
Metode kualitatif
Metode Kuantitatif
Metode Kualitatif
Induktif, deduktif dan komparatif
Analisis teks/ analisis kandungan
Kajian perpustakaan


ANALISIS KANDUNGAN
Analisis kandungan merupakan metode penyelidikan yang membuat tumpuan terhadap media.
Pengamatan atau ulasan diberikan terhadap apa yang diperkatakan, dibaca, didengar, dilihat, ditonton dll.
Penyelidik membina pendapat terhadap sesuatu isu apabila didedahkan oleh media seperti akhbar, majalah, TV, radio, buku, novel, puisi, cerpen, ucapan dll.

Ciri-ciri analisis kandungan;
Objektif – pemecahan kategori yang jelas dan mengikut tatacara yang digunakan/ teori
Sistematik – analisis dilakukan untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan persoalan kajian
Kualitatif – analisis yang dilakukan dikemukakan secara deskriptif dengan kaedah induktif, deduktif dan komparatif

Kegunaan Analisis Kandungan
Menguji hipotesis
Memahami isu semasa
Mengkaji persoalan sejarah
Mengkaji pemikiran tokoh
Mengetahui trend masyarakat
Membuat penilaian terhadap penyampai

Metode analisis kandungan
Persampelan – perincikan bidang, satu alat media (akhbar shj), tentukan masa (2004) dan pemilihan saiz sampel yang munasabah – secara rawak nombor.
Kategori – tepat dengan tujuan kajian, berfungsi dan mudah dikendalikan;
- Unit catatan: himpunan dokumen tertentu dan kategori tertentu untuk memberi pengertian subjek secara perkataan
- Unit konteks –memberi pengertian terhadap subjek kajian secara pengertian luas, tafsiran kualitatif
- Sistem perhitungan- cara mengira atau menjumlahkan data : pengekodan binari (mempastikan kategori data ada), kekerapan kategori dokumen menyebut, kekuatan kategori, jumlah ruang (liputan)
- Skor penonjolan – isu menjadi perhatian besar, perbandingan antara media, antara bahasa

Faedah kaedah analisis kandungan
Menjimatkan masa dan perbelanjaan – seorang penyelidik dan hanya dokumen yang terlibat
Keselamatan – data direkodkan dan dokumen boleh diperolehi bila dikehendaki
Kajian sejarah – rujukan mudah dalam buku di perpustakaan
Tidak menonjol - tiada kesan terhadap subjek kerana teks sudah sedia siap.
Saiz sampel - saiz sampel besar dan tiada masalah untuk dapatkan hasil
Berkualiti tinggi – dokumen mempunyai nilai intelek berbanding soal selidik
Analisis jangka panjang – menyelidiki arah aliran – perubahan sikap, pemikiran sehingga tempoh 50 th.

Kelemahan kaedah analisis kandungan
Menekankan aspek lahiriah bukan pengisian atau makna tersirat dalam teks
Terbatas kepada tingkah laku lisan dan tidak dapat menilai tingkah laku pengkarya (tanpa lisan)
Kaedah pengukuran - sukar mengukur kandungan
Kategori dan pengekodan –sukar mentakrif kategori yang pelbagai
Persampelan – media yang tidak sempurna dan tidak dapat dikesan
Dari segi kualitatif dan kuantitatif – dokumen kualitatif diukur secara kuantitatif – pengukuran tidak objektif
Metode Kuantitatif
Kajian lapangan
Borang selidik
Wawancara
Observasi

KAJIAN KES
Kajian pendekatan yang menyiasat secara mendalam sesuatu kejadian untuk mendapatkan data atau maklumat penuh melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik ke atas satu unit kajian.
Ia boleh melibatkan kajian ke atas suatu unit kecil seperti kumpulan kecil atau unit besar seperti keseluruhan komuniti.
Contoh: kes pembayaran biasiswa yang lambat.

Pengkaji mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber – laporan, minit mesyuarat, fail peribadi pelajar, dokumen berkaitan, menemubual kakitangan terlibat.
Kebaikan kajian kes;
Liputan dibuat secara mendalam
Maklumat dapat dikumpul dengan cepat
Boleh bawa pakar terhadap kes kajian

Kelemahan kajian kes;
Kajian terhadap kes tidak boleh mewakili kes yang lain.
Pengkaji tidak dapat menentukan pembolehubah yang mempengaruhi keputusan
Seseorang pengkaji perlu fleksibel dalam memberi konsepsi kerana tanggapan awal mungkin tidak sama dengan penemuan.
Jika melibatkan pakar, melambatkan penyelidikan- dari perspektif disiplin masing-masing

PEMERHATIAN
Pengkaji memerhatikan satu bidang yang menjadi bahan permasalahannya. Pengkaji akan menjelaskan kedudukan sebenar realiti masyarakat yang dikaji.
Pengkaji cuba membina teori dengan melihat perspektif dalaman responden
Pengkaji bersifat objektif kerana beberapa perkara yang berlaku dalam masyarakat dan tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Becker (1958) 4 tahap kaedah pemerhatian;
Pemilihan dan definisi masalah/ konsep
Memastikan kekerapan dan taburan fenomena berkenaan
Memasuki setiap kajian dalam satu bentuk model
Persembahan kesimpulan

Penyelidikan pemerhatian – penyelidikan kualitatif – kaji cara hidup sesuatu kumpulan atau perjalanan sesebuah organisasi melalui penglibatannya secara langsung
4 jenis pemerhatian;
Pemerhatian mengambil bahagian dalam urutan tingkah laku kumpulan dikaji – menyelami sesuatu peranan dalam jangka masa tertentu dan dikawal oleh jadual yang menentukan apa yang akan diperhatikan.
1. Berdasarkan jadual pemerhatian, tetapi sekadar memerhatikan tanpa melibatkan diri secara langsung dalam urutan tingkah laku kumpulan
2. Pemerhatian tidak terkawal – tiada jadual yang tetap kerana kajian terlalu besar – hanya sebahagian dalam kajian
3. Pemerhatian harian yang tidak sengaja dilakukan tanpa jadual dirancang.
4. Pemerhatian Ikut serta – kaedah pemerhati mengikut bersama-sama dalam kehidupan seharian komuniti dikaji sama ada secara terbuka atau tertutup (senyap2).
Kajian penerokaan – pengkaji tiada sebarang malumat atau mempunyai taksiran prasangka tentang bidang kajian
Data bersifat deskriptif – melihat, mendengar, menyoal dan membuat rakaman

Tahap melakukan pemerhatian ikut serta;
Memilih tempat kajian yang baik – dapat maklumat mudah, wujudkan hubungan baik dan rapat dan dapat menghubungkaitkan dengan tumpuan kajian
Mewujudkan perhubungan yang baik dgn pihak atasan atau pentadbiran di tempat kajian – ambil hati dan kepercayaan ahli masyarakat sasaran

Masalah dan konsep dalam pemerhatian ikut serta
Pengkaji menghabiskan masa dengan sekadar mendengar dan memerhati keadaan masyarakat. Merangka soalan-soalan yang sesuai hendak dikemukakan – pengkaji menampakkan pola interaksi dan makna yang dapat diperolehi: siapa yang memegang kuasa, siapa berwibawa dalam tugas tertentu, label2 dan perkataan yang sering digunakan

Setiap kajian menampakkan masalah yang terasing tetapi dari penemuan beberapa perkara menjadi sama.
Pengkaji rapat dengan pihak atasan – peluang memerhatikan kawasan larangan dan mendapatkan maklumat yang lebih.
Bila mengenal masyarakat – wujudkan keseimbangan antara kajian dgn penyertaan bersama penyampai maklumat.

Pengkaji boleh aktif dalam aktiviti masyarakat tetapi mengetahui batasannya. Elakkan dari penglibatan jenayah atau yang ditegah atau memihak mana-mana puak – tidak jejaskan kajian/ masalah dalam mengumpul data
Dapatkan ‘key informants’ – satu atau dua penyampai maklumat berpengetahuan tinggi, terutama untuk awal kajian.

Peranan Sumber Maklumat ;
Dapat memperkenalkan pengkaji kepada ahli masyarakat
Memberi keyakinan kepada masyarakat utk beri kerjasama
Menterjemah simbol atau perkara yang signifikan bagi kajian- nilai dan norma masyarakat.

Pemerhati bersifat fleksibel – kebebasan memilih jenis peranan yang sesuai dan berkesan. Antara soalan;
Sejauhmana beliau mempengaruhi tempat kajian
Sejauhmana persepsi dan analisis tentang persekitaran dipengaruhi oleh hubungan peribadi pengkaji dengan subjek
Sejauhmana kerja penyelidikan harus dirahsiakan

Persekitaran semulajadi – pemilihan peristia berdasarkan pengamatan – kehadiran pemerhati yang tidak dikenali atau kesilapan memerhati manusia dan mencatat data – berlaku bias.

Kekuatan pemerhatian ikut serta
Klukhonn (1975) – dapat maklumat dgn berhubung secara langsung dgn responden, maklumat dari ramai orang, maklumat lebih dipercayai (kerjasama sumber)
Kumpul data utama sendiri – tangkap seluruh kejadian pada masa itu juga.
Memperolehi jenis komunikasi masyarakat kajian – pemimpin kpd ahli
Tempoh kajian yang sesuai menerangkan perbezaan kejadian kebetulan dengan kebiasaan

PERSAMPELAN
PERSAMPELAN – maklumat diperolehi dari sebahagian daripada kumpulan yang lebih besar. Kumpulan besar ini dikenali sebagai populasi.
Prinsip persampelan berdasarkan konsep kebarangkalian dan setiap elemen yang dipilih mempunyai peluang yang sama dan mewakili populasi.
Jika mengkaji semua populasi disebut banci.

Tujuan Persampelan;
Mentaksirkan parameter populasi. Parameter ialah ciri-ciri populasi yang diminati oleh pengkaji spt. umur, pekerjaan, kelulusan, sebab-sebab, sambutan dll. Sampel yang baik mempunyai ciri-ciri persamaan dengan populasi.Statistik digunakan untuk mentaksir parameter populasi.

Untuk menguji hipotesis statistikal tentang populasi. Contohnya, hipotesis: 85% lelaki menonton TV. Dari sampel 77% lelaki menonton TV.
Saiz Sampel – bergantung kepada 4 faktor;
1. Darjah ralat persampelan yang dapat diterima. Ralat persampelan ialah perbezaan maklumat antara sampel (statistik) dengan populasi (parameter). Lebih besar saiz sampel, statistik sampel lebih mirip parameter populasi.
2. Jenis populasi – Jika populasi yang dikaji adalah sama ciri-cirinya (homogenan) maka saiz sampel tidak terlalu besar. Tetapi jika populasi heterogenan (pelbagai) saiz sampel hendaklah besar agar dapat mewakili populasi.
3. Rekabentuk kajian – untuk sampel berlapis, setiap lapis tidak perlu saiz besar kerana populasinya homogenan. Sampel berkelompok pula memerlukan saiz sampel yang besar kerana terdapat lebih dari satu kelompoh akan dipilih, kelompok 1, kelompok 2, kelompok 3 dll.
4. Jenis analisis – teknik statistik tertentu menentukan jumlah yang besar seperti analisis faktor – memerlukan minimum 300 kes.

Faedah Persampelan – Menjimatkan perbelanjaan dan data cepat diperolehi.
Had persampelan – persampelan tidak sesuai jika perlukan maklumat semua populasi
Jika persampelan tidak sistematik, sampel tidak mewakili populasi
Ralat persampelan – perbezaan antara statistik (sampel) dengan parameter (populasi)

Jenis persampelan;
Persampelan kebarangkalian – setiap unsur mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel, saiz sampel khusus dan tahu saiz populasi.
Persampelan bukan kebarangkalian - Tiada sebarang asas untuk mentaksir ciri-ciri sampel menyerupai populasi, sampel yang mudah didekati, bias, yang sudi bekerjasama shj – pengkaji tidak dapat mengatakan sampel mewakili populasi.

Prinsip Kebarangkalian: setiap satu elemen mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.
Jenis persampelan kebarangkalian – Persampelan Rawak Mudah, Persampelan Berlapis, Persampelan kelompok dan persampelan sistematik,

Persampelan Rawak Mudah – 5 tahap;
Memperolehi satu rangka persampelan yag lengkap
Memberikan setiap ahli satu nombor khas
Menentukan saiz persampelan
Memilih ahli mengikut saiz yang ditentukan berdasarkan jadual nombor rawak
Memilih ahli daripada angka rawak tersebut.
Elemen persampelan diperolehi melalui cabutan nombor sama ada persampelan berganti atau tanpa ganti.

Faedah PRM;
Setiap unsur populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih – elak bias
Anggaran ralat persampelan dapat dikesan
Kaedah PRM menjadi asas semua jenis persampelan rawak.
Kelemahan PRM:
Tidak sesuai untuk semua keadaan
Senarai lengkap semua elemen populasi tidak diperolehi – tidak praktikal untuk kajian
Kaedah cabutan – tidak semua helaian nombor berpeluang untuk dipilih.

PERSAMPELAN RAWAK BERLAPIS – unsur-unsur asas dalam populasi diasingkan terlebih dahulu kepada kumpulan, setiap kumpulan dikenali sebagai lapisan. Drpd setiap lapisan, sampel dipilih dalam PRM – sampel lebih besar
Cth: 2 lapisan, lapisan perempuan dan lapisan lelaki.

Faedah Persampelan Berlapis;
Penemuan lebih tepat
Memudahkan pentadbiran – boleh dibahagikan kepada PRB berkadar dan tiada berkadar.
PRB Berkadar – saiz sampel lapisan menurut saiz populasi, 30, 30, 40
PRB Tidak Berkadar – jumlah kadar yang sama dalam setiap lapisan, 50%/50% setiap lapisan

PERSAMPELAN KELOMPOK - kajian untuk kawasan yang luas;
Bahagikan kawasan dan beri nombor
Pilih elemen setiap bahagian secara rawak selepas membuat senarai elemen yang dipilih.
Cth: satu kawasan 50,000 org. Sampel hanya 200 org – bahagikan bandar dlm peta. Andai satu kawasan 500 keluarga, pilih secara rawak 200 org dgn memilih 50 org bagi setiap 4 kawasan yang ditandakan.

Kebaikan Persampelan Kelompok;
Sesuai utk populasi besar dan kawasan luas.
Tumpuan kajian di kawsan tertentu
Hanya perlukan sebarai nama kawasan untuk dipilih sahaja dengan kadar elemen yang mencukupi.
Utk negara membangun yang tidak memerlukan rangka persampelan.

PERSAMPELAN SISTEMATIK – pengkaji menentukan jarak langkau atau jarak jauh apabila memilih sampel bermula sampel pertama (dipilih secara rawak) dan sampel seterusnya mengikut kaedah kiraan langkau 5, 10, 100 dll.

Kebaikan Persampelan Sistematik;
Praktikal dan mudah
Tidak perlu rangka persampelan
Kelemahan;
Bukan bentuk kebarangkalian – mengetepikan orang yang berada di antara elemen yang dipilih.
Komposisi bangsa yang berbeza- wujud ketidakseimbangan data.

PERSAMPELAN TAK RAWAK – apabila persampelan secara rawak tidak dapat dilakukan;
Persampelan Kuota – Tentukan saiz sampel dan ciri-ciri sampel, pilih sampel. Cth: 18 perempuan dan 22 lelaki dari orang cina, Melayu dan India. Persampelan berlapis, tetapi tiada kebarangkalian – kaedah ini dianggap tidak kuat- perlukan kawalan.
Persampelan Bertujuan – Untuk tujuan tertentu seperti menguji bentuk soal selidik atau mendapatkan maklum balas yang cepat. Ia hanya gambaran permulaan kajian


Rujukan: Syed Arabi Idid (2002), Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial, Kuala Lumpur: DBP

TINJAUAN
Kuliah 5

Kaedah penyelidikan yg dijalankan utuk mengumpul data daripada satu populasi. Semasa menjalankan tinjauan, perhatian utama ialah bagaimana mendapat jawapan yang memuaskan daripada responden.
Data dikumpul melalui temubual bersemuka, pos atau telefon. Data diteliti dari dokumen dan pemerhatian sendiri.
TINJAUAN
Temubual semuka – soalan dikemukakan antara penemubual dan responden menggunakan soalan2 tertentu.
Syarat penemubual;
Keupayaan mendapatkan maklumat: responden berahsia, jawapan tidak spt yang diharapkan dan terlupa.
Kefahaman responden – kemesraan.
Motivasi rsponden utk menjawab dgn benar – penyelidik menjelaskan tujuan dan bagaimana responden dipilih utk ditemubual.

Dorongan mendapatkan maklumat;
Penemubual memastikan maklumat dan pendapat responden dihormati – kerahsiaan.
Masa responden digunakan sebaiknya. Soalan pendek dan tidak berulang – tumpukan isu pokok shj.
Gangguan dalam menentukan masa utk menemuramah
Suasana menyeronokkan bukan ancaman responden
Responden tidak dianggap satu punca maklumat tetapi individu yang berperasaan.
Hormati pendirian responden
Minat responden utk menjawab dikekalkan.

Peranan penemubual;
Mengenalpasti responden berdasarkan tujuan kajian
Penemubual mengatur masa dan tempat sesuai utk menemuramah
Mendapat maklumat lengkap dan betul dari responden
Berpakaian kemas
Mengetahui adat resam
Bertanya soalan dgn betul + jaga tingkahlaku

Mencatat jwpn dgn betul – catat spt yg dikatakan oleh responden, jgn dipendek2kan.
Kebaikan menemubual:
Pengawalan ke atas sampel – tentukan responden dan kawasan kajian- halang bias
Kadar respon yang tinggi – sukar elak jawab soalan
Tindak balas responden dikaji – jemu, tidak faham soalan, minat
Keadaan responden tepat dgn kajian- siuman
Responden digalak bercakap – pujukan dan jelaskan soalan jika tidak faham soalan.

Kelemahan menemubual;
Perbelanjaan tinggi
Sistem kemas perlu diwujudkan – penyediaan soalan dan soal selidik.
Penemubual mempengaruhi responden utk menjawab terutama berbentuk pandangan da sikap.
Sifat penemubual spt jantina, bangsa dan umur – perlu jaminan khusus agar maklumat dirahsiakan.
Penemubual letih dan tidak amanah dgn tugas yg diberikan.
Masa yg lama – temujanji
Temubual tidak menjamin kerahsiaan.

Temubual melalui telefon – maklumat diperolehi melalui telefon.
Kebaikan menggunakan telefon;
Data cepat diperolehi, perjalanan tidak diperlukan
Perbelanjaan lebih rendah – responden lebih ramai dan jumlah penemubual rendah.
Borang soalselidik yang mengandungi soal selidik yg sensitif lebih tinggi gerak balasnya.
Responden tidak terasa terancam sbb tidak dtg ke rumah.

Sampel dapat dihadkan dgn menentukan kawasan spt pengambilan kod kawasan (03 dan 04 shj dll) dan memilih responden secara rawak.
Maklumat segera apabila tertinggal soalan semasa bersemuka.
Teknik penyiasatan boleh dijalankan.
Jumlah responden lebih tinggi

Kelemahan menggunakan telefon;
Terhad kepada yg memiliki telefon shj.
Proses menemubual tidak boleh lama
Guna soalan mudah shj
Gerak geri responden tidak dpt dilihat
responden sebenar tidak dapat dikesan – penyamaran
Tidak dpt mengesan keikhlasan penemubual
Sukar mewujudkan kemesraan
Tidak beri kesempatan kpd responden utk berfikir
Kualiti data kurang

Tinjauan melalui pos – mengirim borang soal selidik melalui pos. Responden diminta mengisi dan mengirim semula kepada pengkaji melalui sampul surat yang disediakan.
Faktor pos;
Faktor geografi - Ia digunakan apabila responden berselerak
Sistem pos baik
Kesudian menjawab
Perbelanjaan rendah tetapi kadar pulangan rendah
Tarikh perlu sesuai dgn responden – tidak bercuti dll.
Surat susulan diperlukan

Tahap persediaan soal selidik;
Surat Pengenalan beralamat dan bernombor telefon
Sampul surat beralamat dan bersetem utk pengembalian
Soalan jelas dan mudah difahami
Andai tidak dijawab, buat surat susulan.

Bekaikan melalui pos;
Tempat terpencil dpt ditinjau]
Perbelanjaan rendah
Tiada bias
Responden ada masa utk berfikir
Mengatasi responden yang segan berhadapan
Surat sampai tinggi

Kelemahan melalui pos;
Penyiasatan tidak dapat dilakukan & tiada galakan utk menjawab
Responden dpt membaca keseluruhan soalan dahului dan akan mempengaruhi jawapan
Responden meminta org lain menjawabkan
Jawapan tidak lengkap
Responden tidak kembalikan borang
Soalan mudah sahaja, jawapan muktamad dan penjelasan tidak diperolehi.
Sukar mendapatkan alamat dan nama lengkap responden.

SOAL SELIDIK
Soalan diatur secara tersusun untuk ditadbir oleh penemubual.
Kualiti dan mutu soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan. Jika soalan kabur, jawapan yang diperolehi juga kabur
Perhatian yang teliti perlu dilakukan semasa membina soalan.
Setiap soalan berkaitan dgn objektif bg mengukur hipotesis- maklumat tepat dan lengkap dan mencapai tujuan kajian dgn perbelanjaan sederhana.

Cara menggubal soalan;
Tentukan masalah kajian- elak soalan terlalu banyak
Soalan sesuai untuk dijawab – kebolehan responden menjawab, responden hendak jawab dan responden buat-buat menjawab
Soalan memudahkan semua pihak
bahasa sesuai

Jenis soalan;
Soalan fakta – memerlukan jawapan salah dan betul
Soalan pendapat – pemikiran dan tidak ditentukan
Susunan soal selidik; pengenalan organisasi dan tujuan kajian, susun soalan mudah (tertutup) dan terbuka
Penbentukan soalan – soalan khusus, soalan mudah, soalan tertutup (jelas), soalan pendek, soalan mendorong utk dijawab, sesuai dgn statistik yg digunakan utk analisis

KULIAH 3: PROSES PENULISAN ILMIAH

Mencari Topik Penulisan
Menjurus Topik Tulisan
Mencari Sumber bahan dan membuat catatan
Menganalisis, menilai dan mentafsir bahan
Menentukan format dan gaya penulisan
Penulisan
Penyemakan

Mencari topik dan menjurus topik bidang
Mencari topik
Topik mesti baru atau mendekati tajuk daripada perspektif yang lain.
1. Meneliti minat peribadi
2. Berbicara dengan orang lain
3. Menggunakan Imaginasi
4. Membaca terbitan bidang
5. Literature review

Menjuruskan topik tulisan
Apabila memperolehi sesuatu topik, bentuknya belum sempurna. Faktor-faktor ini akan menjadi asas sesuatu tulisan;
1. Khalayak sasaran;
a. Siapa pembaca/ kumpulan sasaran
b. Perkara yang diketahui oleh pembaca tentang subjek atau topik
c. Perkara yang perlu diberitahu kepada pembaca tentang topik.
d. Perkara yang diminati oleh pembaca

2. Tujuan tulisan;
a. Tujuan hujahan
b. Tujuan analisis
c. Tujuan penjelasan
3. Kenyataan tesis
a. Ayat lengkap, bukan frasa atau fragmen
b. Ayat yang menyatakan pendirian atau pendekatan tertentu
c. Ayat itu memerihalkan arah perbincangan penulis
d. Ayat itu menonjolkan subjek yang wajar dikaji.

4.Topik bidang penulis:
- Tulis tentang apa yang diketahui oleh penulis dan apa yang ingin diketahui.
5. ancang model yang dipilih untuk mencerakin isi;
- model sistem: rangka kasar isi dan susun idea dan isi mengikut kepentingan
dan sub-idea/isi
- model dialektika: penulisan perbincangan dan perbahasan tentang pelbagai
isu semasa/ membahaskan persoalan abstrak dan bersifat falsafah spt.
Perpaduan, persahabatan dll. Mencari jawapan terhadap persoalan yang timbul
- Model hipotesis: model saintifik untuk menghurai dan menggarap keseluruhan
maklumat dan idea yang dihimpun. Sesuai untuk tesis, disertasi dan laporan
penyelidikan.
Guna struktur sistematik;
kenalpasti masalah - ungkapkan pernyataan tajuk - tajuk diselidiki - kumpul data pelbagai sumber - teori/hipotesis utk menjelaskan fenomena tajuk - analisa data utk sahkan hipotesis - kesimpulan
- Model Gabungan: kombinasi ketiga-tiga model. Sesuai utk penulisan jurnal, tesis dan laporan.
Model sistem (rajah1)
Peta Minda
Rangka asas
Pengenalan
Isi 1
Isi 2
Isi 3
Isi 4
Isi 5
Kesimpulan

Mencari sumber bahan dan membuat catatan
Sebelum membuat penyelidikan, penyiasatan perlu dilakukan untuk mencari bahan yang berkaitan dengan sesuatu topik atau dikatakan literature review
1. Apakah jenis penyelidikan yang pernah dilakukan dalam bidang itu?
2. Apakah yag ditemui dalam kajian-kajian sebelum ini?
3. Apakah syor atau cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji untuk kajian masa depan?
4. Apakah yang belum dikaji lagi?
5. Bagaimanakah kajian boleh meningkatkan pengetahuan kita dalam bidang itu?
6. Apakah kaedah penyelidikan yang digunakan dalam kajian masa lalu?
Mencari bahan
Perpustakaan
- buku, majalah,makalah dll
a. Sistem kad katalog
b. Sistem pengkalan data
c. Mikrofilem
d. Opac
Observasi
Wawancara
Soalselidik
Laman Web
Eksperimen
Kes
Membuat Catatan
Untuk tujuan ingatan.
Bentuk catatan;
- sistem kad
- fotostate
- Komputer bimbit
Perkara dicatat;
- Nama penulis
- Judul rujukan
- Nama terbitan
- Nombor panggilan perpustakaan
- Lokasi bahan
- Catatan peribadi tentang kandungan bahan yang penting.
- Kesesuaian bahan untuk bahagian/ topik yang berkaitan.

Menganalisis, menilai dan mentafsir bahan
Sebelum memilih kaedah analisis, perkara-perkara berikut perlu diteliti;
1. Bahan yang hendak diteliti
2. Kaedah yang telah digunakan oleh pengkaji lain.
3. Tempoh masa dan kos yang terlibat
Proses Analisis bahan
Proses menilai data – mengadun/ menganalisis data – membuat pentafsiran data dan analisis. Data ialah sebarang maklumat – angka, fakta, persepsi dll yang dikumpul untuk dianalisis.
Sumber Data – Sumber primary dan sumber sekunder
Sumber primary – kaitan langsung dengan subjek kajian – temubual, observasi, laporan, autobiografi, diari, fail, artifak, tesis, minit mesyuarat, catatan pengembara dan karya asal pengarang. Sumber sekunder – sumber perantara subjek yang dikaji – ulasan, makalah, buku-buku ilmiah.
Sumber autoritatif – tulisan klasik atau tokoh yang sudah establish atau tokoh pengkaji sesutu bidang secara intensif dan ekstensif dan diakui keilmuannya – Imam al-Ghazali, al-Shafi’I, Abu Yusuf, Ahmad Ibrahim (undang-undang). Khoo Kay Kim (Sejarah Malaysia) dll.
Sumber tidak berautoriti – penulisan dari yang tidak dikenali dalam bidang-bidang berkenaan.

Laman Web – rasmi sahaja dari badan-badan kerajaan dan Ngo/ swasta tetapi memerlukan sokongan lain – catat nama badan pemilik laman, tajuk makalah, tarikh dipetik, alamat laman – sering dipinda dan diperbaharui.
Penilaian data/ bahan
Disebut kritikan data yang dilakukan pada dua peringkat; 1. Kritikan luaran – ketulinan dan kekuatan sumber data – kaedah penetapan hukum: tarjih, takhsis dan nasakh.
a. Tarjih – memperbandingkan asal-usul teks - bila dihasilkan, oleh siapa, siapa sebenarnya penulis dalam konteks ilmu dan zamannya (tentukan mana sumber yang paling kuat).

b. Takhsis – menilai dari sudut maksud umum atau khusus – adakah kenyataan bersifat umum itu mempunyai penjelasan yang khusus? Tulisan untuk masyarakat umum atau untuk masyarakat akademik? – bahan yang perlu dirujuk untuk masyarakat akademik kerana sumber dinyatakan dengan jelas, perbincangan objektif dan mengikut peraturan akademik yang lazim.
Sambungan- penilaian bahan
c. Nasakh – menilai kekinian teks – menilai pendapat ulamak yang berbeza mengikut zaman, pengetahuan, tempat dan pengalaman. Perbezaan tarikh zaman akan membolehkan pembaca memperbandingkan pendapat2 berdasarkan zaman dan keadaan. 2. Kritikan dalaman – menilai ketepatan maklumat yang ada dalam dokumen berkenaan – cara membuat rujukan kepada pelbagai sumber mengenai maklumat yang sama, kesepakatan sumber tentang fakta, penjelasan konsep mengikut zaman dan budaya.
Analisis Data
Kaedah induktif dan deduktif dijelaskan. 1. Kaedah induktif/ induktif- generatif – semua maklumat dikumpul bagi menghurai fenomena kajian dan dicari hubungan-hubungan fakta-fakta atau keterangan yang terkumpul untuk mengenali bentuk-bentuk atau untuk merumuskan sesuatu gagasan fikiran.

2. Kaedah deduktif – Penyelidik menggunakan teori atau gagasan fikiran yang ada bagi membantu mengumpul data dan menjelaskan fenomena kajian untuk dibandingkan dengan yang berlaku – aplikasi teori dalam menyelesaikan masalah.
3. Analisis data – membanding, mengkategori dan menyusun data untuk menjelaskan sesuatu keadaan, membuktikan hipotesis atau menjawab soalan. Maklumat yang diperolehi dibandingkan dan ditentukan keabsahannya.

4. Pengkategorian – melakukan pemisahan data dalam kumpulan yang mempunyai ciri yang sama.
Eg. Kategori sebab dan kesan. – pemecahan kategori besar kepada yang lebih kecil – kaedah ini memerlukan sifat kritis. 5. Penyusunan fakta –menghurai atau menjelaskan maksud-maksud tertentu – peristiwa disusun mengikut kronologi untuk jelaskan perjalanan sejarah atau bermula dengan fakta yang kuat kepada fakta yang kurang kuat.
Penafsiran Data
Penafsiran data memerlukan kekuatan dan kekritisan pemikiran dalam memahami apa yang berlaku di sebalik data yang terkumpul. a. Data Kuantitatif – kaedah statistik b. Data kualitatif – keupayaan mental menanggap masalah kajian – menggunakan soalan mengapa.

Kekuatan Analisis Kekuatan analisis kualitatif diukur dari pengumpulan data, kelengkapan, kekuatan data dan relevansi data, kesesuaian kaedah, sumber primari atau autoriti.


Masalah dalam Analisis Data 1. Data khusus dikumpul untuk menjelaskan keadaan yang umum. 2. Data dikumpul tidak seimbang – Data lain /sampingan melebihi data utama. 3. Pengkategorian tidak dilakukan dengan cermat 4. Pengkaji tidak memahami betul-betul teori atau pemikiran yang digunakan. 5. Memahami data secara luaran sahaja – kemuka data tanpa analisis atau hanya berdasarkan persepsi awalnya sahaja. 6. Analisa tidak berasas,. Tidak tersusun dan tidak rasional- tidak ke arah objektif kajian. 7. Tidak selaras antara objektif, analisis, rumusan dan cadangan yang dikemukakan.
Analisis Data dlm SPSS
Statistical Package For Social Science – pakej statistik untuk menganalisis data dalam bidang sains sosial
Penggunaannya bukan sahaja untuk memasukkan data dan menganalisis bahkan mampu mengemukakan carta dan grafik menarik bersesuaian dengan penemuan kajian.
Data biasanya dalam bentuk borang soal selidik yang dibentuk sesuai dengan tujuan kajian.

Fungsi SPSS;
- memasuk dan mengedit data
- memanipulasi data
- meringkaskan data (Jadual taburan kekerapan, secara deskriptif, jadual silang)
- Membentuk dan mengedit carta (carta palang,graf garis)
- memilih ujian statistik (kajian perbandingan, kajian perkaitan ) kaedah nominal (no mewakili), ordinal (tahap kepuasan), interval (skala susunan), ratio (data diukur dgn nilai sebenar pemboleh ubah)

Analisis data menggunakan NVIVO 8
NVIVO 8 digunakan untuk menganalisis data kualitatif – interview, literature review, teks penulisan, teks ucapan
Data dianalisis secara manual terlebih dahulu, ditaip semula/ discan dan dimasukkan dlm sistem untuk dianalisis
Penemuan diperolehi mengikut peratusan kekerapan penggunaan
Rujukan
1. John. E. Jordon, (1965), Using Rhetoric, New York: Harper & Row Publishers
2. (2001), Buku Panduan Penulisan Tesis/Disertasi Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam
3.Sivachandralingam Sundara Raja (2001) Pemikiran dan Penulisan Ilmiah, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
4.Zukarnain Zakaria dan Hishamuddin Md Som (2001) Analisis Data Menggunakan SPSS WINDOWS, Skudai: Penerbit UTM
5.Md. Sidin Ahmad Ishak dan Mus Chairil Samani, (1996), Strategi Penulisan: Panduan Khusus Kepada Penulisan, Universiti Kebangsaan Malaysia: Jabatan Komunikasi
6. Mohd. Azhar Abd. Hamid dan rakan-rakan, (2001), pengenalan kepada Penulisan Ilmiah, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.



Latihan tutorial
Jelaskan fungsi SPSS dan NVIVO 8 dalam penyelidikan.
Bentangkan dalam kelas tutorial

KULIAH 2: KOMPONEN DALAM PENULISAN ILMIAH

PENGENALAN
Bahasa: untuk menyampaikan segala idea, pengetahuan, pengalaman dan dapatan kajian. Gaya bahasa mesti formal. Elakkan bahasa berikut;
Perkataan tidak baku: Samada / Sama ada, tak ada / tidak ada dll
Perkataan Slanga
Perkataan tidak sopan: kencing/ buang air kecil, pelajar bodoh/ pelajar lemah
Perkataan usang/kuno : arakian, hatta, syahdan
Perkataan puitis: usia yang senja
Perkataan daerah
Perkataan bombastik/ berlebihan: amat tinggi sekali/ amat tinggi atau tinggi sekali

KOMPONEN DALAM PENULISAN ILMIAH
Bukti: pengkajian dan penulis harus bertanggungjawab atas segala kenyataan, perenggan, ayat atau perkataan yang ditulisnya. Sumber perlu dinyatakan dengan jelas pada setiap dakwaan.
Grafik: diperlukan dalam penulisan ilmiah untuk menyampaikan maklumat atau data yang diperolehi atau sebagai bukti terhadap kenyataan penulis. Ia boleh jadi jadual, gambarajah, graf, carta, pelan dan iklan. Tajuk perlu ditulis di bawah grafik.

Penyelidikan: penulisan ilmiah banyak bergantung kepada aktiviti penyelidikan spt tesis, disertasi dan kertas kerja. Ia memerlukan persoalan atau masalah tertentu untuk diselesaikan.
Definisi konsep: konsep digunakan untuk menghuraikan idea dan pembaca mudah memahami segala idea yang ingin disampaikan dan sebagai garis panduan memahami kajian.

Saintifik: segala perkara yang disampaikan dan dibincangkan perlukan pembuktian secara sistematik. Lazimnya menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Kaedah induktif digunakan untuk membuat hipotesis atau rumusan cerapan yang telah dilakukan manakala pembuktian melalui kaedah deduktif ialah pengumpulan data dan maklumat untuk menentukan sama ada hipotesis yang dibina itu benar atau sebaliknya.

Pernyataan masalah:Tanpa memahami masalah kajian, penulis sukar untuk menghasilkan tulisan llmiah yang baik. Penulisan ilmiah bertujuan untuk menjawab semua masalah yang mendasari penulisan dan ketidakjelasan masalah menyebabkan penulis dalam kebingungan. Masalah diperolehi dari sumber pengalaman, hubungan manusia, alam dan tuhan dan hasil pembacaan. Faktor internal (penyelidik) dan faktor eksternal (penyokong) perlu dipertimbangkan untuk mengenalpasti masalah. (minat penulis dan data mencukupi)

Objektif: aktiviti tanpa objektif menjadikan pelaksanaannya tidak sempurna. Ia berfungsi sebagai panduan untuk menghasilkan penulisan. Objektif dibina berdasarkan masalah kajian.
Hipotesis: merupakan pendapat yang belum sempurna. Ia bersifat sementara dan perlu diuji kebenarannya melalui penyelidikan yang akan dijalankan. Hipotesi boleh bersifat negatif (Hipotesis Null) dan hipotesis bersifat positif (hipotesis Alternatif).

Tinjauan literature: dilakukan untuk mendapatkan maklumat dan fakta yang berkaitan dengan masalah yang ingin ditulis. Lazimnya setelah mengenalpasti masalah, penulis memerlukan maklumat dan fakta yang berkaitan dengan masalah dalam konteks yang betul.
Fungsi tinjauan literature: dijadikan asas untuk menentukan masalah kajian, mendapatkan idea yang jelas tentang masalah yang ingin ditulis, mengetahui dan membezakan masalah penulis dulu dan maslaah ingin ditulis dan penulis dapat memfokuskan masalah kajian.
Komponen dalam Penulisan Ilmiah
Proses aktiviti tinjauan literature;

Nota kaki: ditulis di bahagian bawah halaman teks, pernomboran perlu mengikut urutan dan bermula dengan nombor baru pada setiap bab.
Kesimpulan: perlu dilakukan rumusan bagi setiap bab sebagai mengenalpasti idea utamanya.

STRUKTUR PENULISAN
Pengenalan
Isi
Transisi
Pengakhiran/ kesimpulan

STRUKTUR ESEI
(RAJAH RUJUK KEPADA PENSYARAH)
Introduction
Beginning
Middle

End

Beginning

Middle

End
OUTLINE
Tema/Tesis
Fokus subjek
Definisi
Isi-isi utama/ topik subjek
Penjelasan
Pembuktian
Eksperimen
Kritikan
Kesimpulan

PEMERENGGANAN
Pemerengganan
Penulisan suatu proses yang saling berhubungan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain.
Perenggan, ayat atau perkataan berperanan dalam menentukan gaya dan mempunyai peranan tertentu
Perenggan memainkan peranan utama dalam pembentukan keseluruhan penulisan.
Setiap perenggan mempunyai hubungan antara satu sama lain.
Perenggan terbahagi kepada 2 iaitu Paragraph Unity dan Paragraph function.

Paragraph Unity (Perenggan yang padu)
- Kepaduan perenggan perlu jelas dan dapat diikuti oleh pembaca.
- Kepaduan dalam perenggan menggambarkan kepaduan dalam pemikiran
- Kepaduan - kesamaan (homogeneity) dan ikatan (cohesiveness)
- Setiap perenggan mesti mempunyai ayat topik (topic sentence)
- Ayat topik merupakan pengembangan dari tesis penulisan.

Bentuk Paragraf
Topic sentence Details







Details Topic sentence


Ayat topik 1


Huraian

Ayat topik 2

Huraian

Ayat topik

Huraian

Bagaimana perenggan berfungsi (Paragraph Function)
- menyelesaikan masalah penulisan / memulakan penulisan dan menyudahkannya
- Percontohan (examples)
- Sebab dan akibat (cause and effect)
- Pendefinisian
- Contrast and comparison (perbezaan dan perbandingan)
- perenggan permulaan
- perenggan Penutup
FUNGSI PERENGGAN
Memberi kerehatan kepada pembaca setelah mengalami satu pemikiran dari bacaan tersebut.
Menjelaskan tentang fakta yang ada dalam perenggan tersebut.
Memfokus satu idea dalam satu perenggan
sekumpulan unit idea dan disusun mengikut jalinan idea tersebut.
Struktur dalam perenggan mesti ada ayat topik, Isi/ hujahan dan kesimpulan
PERENGGAN PENGENALAN
Penarik, menyampaikan latar belakang maklumat dengan tepat dan ringkas dan mengemukakan tesis penulisan
Ciri-ciri perenggan pengenalan: ringkas dan padat, sederhana pendek dan guna perkataan beraksi
Jenis perenggan pengenalan – pengenalan ringkasan, deskriptif, ucapan langsung, penceritaan dan pernyataan memeranjatkan

PERENGGAN PENUTUP
Perenggan Penutup – kesimpulan utk penulisan dalam bentuk pernyataan semula atau penegasan semula idea utama atau harapan penulis. Mengandungi penyimpulan, pengukuhan tema-mesej, penjelasan pengertian dan kepuasan penulis/ pembaca
Perenggan isi
Perenggan yang mengisi tubuh penulisan dan mengemukakan idea topik dan perkembangan idea utama.
Kebiasaannya mengandungi lima perenggan isi sekurang-kurangnya.

Struktur perenggan
PENGENALAN
ISI 1
PERENGGAN TRANSISI
ISI 2
PERENGGAN TRANSISI

PENUTUP
PERENGGAN TRANSISI
kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain- memberitahu pembaca tentang idea baru, meletakkan isi dalam perspektif sebenar dan menyatukan bahagian idea dan hujahan.

PERENGGAN DIALOG/ KUTIPAN
Ditulis dalam petikan langsung dengan perenggan khas.
Contoh;
Siddiq Fadzil menjelaskan,
“Generasi baru merupakan barisan ansaru ‘d-da’wah, mujahid da’wah yang dapat ditampilkan sebagai qudwah- ikutan dan model teladan- dalam penghayatan segala cabang ajaran Islam dan hukum-hukumnya.”
CIRI-CIRI PERENGGAN
Kejelasan – memberi makna penulisan idea yang terang, nyata dan mudah difahami. Dihasilkan melalui ayat yang tepat dan tidak meleret-leret.
Kesatuan – pemusatan keseluruhan idea terfokus kepada tajuk
Kepautan – ayat-ayat yang dibina bergerak lancar atau idea tertinggal.
Kerapian – pembaca mudah mengikuti aliran pemikiran dan idea penulis.
Latihan Tutorial
Analisis satu artikel jurnal
Idea utama artikel (tesis)
Idea topik dalam perenggan
Ayat transisi
Bentuk perenggan

Bentang dalam tutorial

PENGENALAN PENULISAN ILMIAH

PENGENALAN

Sebelum belajar menulis, kita perlu memahami konsep penulisan barulah kita boleh fokus terhadap bidang yang menarik ini.

Penulisan - alat/medium utk menyampaikan maklumat. Ia aktiviti manusia yang melibatkan kemahiran, disiplin, minat, bakat dan kreativiti. Menurut Kamus Dewan, menulis ialah perihal atau kegiatan menulis (mengarang), hasil daripada menulis (mengarang). Dalam Bahasa Inggeris: To write atau to compose.

Amalan penulisan melibatkan kegiatan memikir, mengkaji, memilih, merakam dan menulis sekumpulan pengalaman hasil daripada pemerhatian, pengalaman dan pemikiran seseorang pengkaryanya. Penulisan akan mencatatkan, merekodkan dan membolehkan bahasa itu dilihat dengan nyata. Jacques: Penulisan - mentafsir, menyusun atau membina kata-kata, menghurai, menghimpun, mengulas dan menyalin.

Berusaha memecah segala masalah dan mengetahui hakikat dengan sedalam-dalamnya.
Menganalisis dan menilai fenomena bahasa sebagai jalan - pendefinisian, penghuraian, penelitian, pengamatan dan penghujahan. Penulisan - hasil pemikiran dan menguji keupayaan berfikir secara logik, kritikal dan matang dalam membincangkan sesuatu perkara, idea dan fenomena.

PENULISAN DESKRIPTIF/ ILMIAH
Bersifat ilmiah, akademik dan mempunyai kaitan dengan bidang epistemologi
4 bentuk – penjelasan (exposition), penghujahan (argumentation), penceritaan (narration) dan penghuraian (description)

Jenis – esei akademik, rencana, berita, laporan, buku dan autobiografi
a. Penjelasan
Tujuan: memberi pemahaman kepada pembaca tentang teks atau perkara.
Dikenali dalam kewartawanan
Menjawab soalan 5W1H
6 metod perlu dilaksanakan dalam menjawab 6 soalan tersebut;
1. Identifikasi – tentukan subjek
2. Perbandingan dan perbezaan – Menerangkan subjek dengan memberi imej persamaan dan pertentangan dengan subjek lain.
3. Ilustrasi – kegunaan contoh dan gambaran untuk menjelaskan idea yang umum dan idea-idea fokus
4. Klasifikasi – penjelasan tentang sesuatu proses, perkara atau cara melakukan.
5. Definisi – memberi pengertian tertentu, makna dan takrifan subjek.
6. Analisis – pembahagian komponen dan menerangkan satu-persatu.

b. Penghujahan
Mengandungi pendapat dan penilaian penulis tentang sesuatu perkara atau subjek.
3 kaedah – rayuan logik, rayuan emosi dan rayuan etika
1. Rayuan logik – hujahan berlandaskan alasan dan kesimpulan dengan pembuktian secara induktif dan deduktif
2. Rayuan emosi (pathos) – menguasai pemikiran pembaca melalui elemen perasaan, pengaruh, peribadi dan gaya kepengarangan.
3. Rayuan Etika (Ethos) – hujahan dari kombinasi bahasa, suasana atau bunyi dan mesej. Wacana bermoral, berbudi dan waras.

c. Penceritaan
Pemberitahuan tentang sesuatu cerita. Boleh dituls dlm bentuk naratif, esei atau rencana.
Berdasarkan manusia dan peristiwa realiti. Untuk penekanan terhadap subjek, peristiwa yang berlaku, tema atau tentang tokoh.

d. Penghuraian
Menterjemah sesuatu tanggapan, subjek, objek, atau manusia.
1. Huraian Objektif – menerangkan dengan tepat bentuk luaran sesuatu subjek dan bebas mengikut tanggapan penulis – kamera terhadap situasi sebenar.
2. Impresionis – sebagai pemberitahu dan memanipulasi emosi pembaca sehingga ditafsir secara berbeza.

STRUKTUR PENULISAN DESKRIPTIF
1. Pendahuluan – kemuka definisi, sejarah atau pernyataan tesis
2. Isi – mengandungi idea topik yang mengembangkan idea utama (tesis) dan dibina dalam perenggan.
3. Kesimpulan – penutup yang berupa penemuan, cadangan, ringkasan dan rumusan.


JENIS PENULISAN ILMIAH

Esei Ilmiah
- panjang antara 4 - 20 halaman bergantung kepada instruktor
Diterbitkan dalam jurnal, buletin, kertas persidangan dll. bukan kertas penyelidikan formal w/p ada kajian ringkas diperlukan untuk mengukuhkan topik;
Elemen: Ada pernyataan tesis, pembuktian dan contoh dan bersifat objektif/ bukan pandangan peribadi.
Penulisan ilmiah dan formal dari segi bentuk dan gaya bahasa.
Untuk tujuan akademik yang memerlukan sokongan, penerangan, hujahan dan pembuktian.
Esei ilmiah - tugasan untuk pelajar IPT. Ia memerlukan fakta dan maklumat menerusi sumber sekunder spt. Buku, jurnal, akhbar, prosiding dan majalah atau disebut kajian literatur atau kajian perpustakaan.

Laporan Penyelidikan: Tesis/ Disertasi/Kertas projek - kajian yang mendalam melibatkan hipotesis bagi membuktikan kebenaran berdasarkan metodologi saintifik dan analisis terperinci.
Bentuk hasil penyelidikan yang mempunyai format tertentu.
Mengandungi latar belakang masalah, literature review, hipotesis kajian, metodologi kajian, analisis kajian/ penemuan dan kesimpulan.
Laporan ditulis dalam Latihan Ilmiah, Disertasi, Tesis dan Kertas Kerja Pembentangan
Tesis, disertasi, kertas projek - hasil kajian ilmiah yang dilaporkan secara kemas dan sistematik. Tesis, disertasi dan kertas projek memerlukan data primer untuk mengukuhkan fakta dan hasil kajian, manakala maklumat sekunder diselitkan sebagai kaedah penjelasan dan pernyataan umum terhadap fakta primer yang diperolehi.

Buku Ilmiah - berdasarkan piawai ilmiah yang standard berdasarkan prosedur penerbitan penerbit tertentu. Genre terpenting dalam hierarki ilmu. Buku karya asli, terjemahan, kamus, ensiklopedia dll

KEPENTINGAN PENULISAN ILMIAH
Penulisan ilmiah merupakan alat komunikasi yang penting bagi tujuan memberi maklumat kepada khalayak yang berupa fakta. Lantaran itu, tujuan penulisan ilmiah ialah untuk;

Penyebaran Ilmu: berdasarkan bidang yang dipilih oleh pengkaji atau penulis itu sendiri.

Pembangunan minda: Meningkatkan kemantapan intelek penulis dan pembaca.

Memahami manusia dan masyarakat: kajian yang berkaitan dengan penulisan ilmiah mestilah berkaitan dengan manusia dan masyarakat terutama untuk bidang sastera dan sains sosial.

Meningkatkan ketakwaan: Hasil kajian dan penulisan akan dapat melahirkan sifat taabud dalam diri tentang keindahan dan kebesaran Allah SWT yang mengatur hidup manusia sebaik-baik aturan.

FALSAFAH PENULISAN ILMIAH

Keesaan Allah (konsep Taabud)
Allah adalah punca ilmu dan perkara yang diketahui manusia amat terbatas.
Penulis perlu akur, ilmu yang diterima dan diperolehi akan dipertanggungjawabkan.
Autoriti ilmu adalah milik Allah dan penulis terikat dengan etika penulisan yang berhemah dan dibenarkan Islam

Alam sejagat
medan atau bahan fokus penulis. Penulis meneroka segala ilmu dalam alam sejagat menerusi kajian dan pemerhatian. Ilmu disaring dan dirakam dalam bentuk penulisan ilmiah.
Penulis perlu mematuhi hukum dan fitrah alam- memilih metod yang sesuai

Penulis dan teks ilmiah
Penulis bertanggungjawab merangka, menyusun dan menyiapkan teks ilmiahnya. Penulis perlu memiliki kekuatan ilmu, ikhlas, jujur, tabah, kritis, peka, kreatif, pencinta bahasa, realis, objektif dan pragmatik

Pembaca
Pembaca ialah orang yang kritis dan analitis terhadap teks yang dibaca, membaca, memahami dan mengguna semula fakta dan data. Pembaca - dicerna sebaqai ilmu dan hikmah untuk pembangunan insaniah.

Ciri-ciri Penulisan Ilmiah
1. Maklumat benar, sahih spt fakta, data, carta, rajah dll
2. Sumber maklumat sahih dari sumber sekunder dan primer
3. Format standard dari segi kandungan teks, kutipan, rujukan (bibliografi) dan elemen-elemen mekanisme penulisan berformat
4. Gaya yang formal
5. Meneroka dan menggali isu

TUJUAN PENULISAN ILMIAH

Pembelajaran - mengikut bidang tertentu bagi memahami subjek yang dipelajari dalam kelas
Penyelidikan – penyelidikan mengikut bidang tertentu untuk membuat penemuan-penemuan baru dan membuktikan kemantapan ilmu dan teori bagi memantapkan kepakaran seseorang
Pena’akulan – berdasarkan pengertian yang jelas, pertimbangan yang teliti, pemikiran yang logik. Perlukan hujahan yang mantap- wacana ilmiah


Etika Penulisan Ilmiah
Prinsip moral dalam penulisan agar tidak berlaku plagiat dalam penulisan;
- Akta percetakan, Akta keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Menghasut (1948) Akta Pindaan Perlembagaan (1971), Akta Hak Cipta (1987)

Kecelaruan dalam Penulisan Ilmiah
Penggunaan MLA atau APA dalam penulisan bibliografi sering berlaku apabila pelajar tidak memahami kaedah yang sedang digunakan. Dalam peraturan umum, kaedah bebas boleh digunakan asalkan ia bersifat berterusan atau tidak mencampur-baurkan kaedah. walau bagaimanapun, sesetengah Universiti telah menetapkan kaedah tertentu dalam penulisan. maka pelajar perlu mengikuti kaedah yang ditetapkan.

Petikan bibliografi yang amat sedikit (hanya 5 sumber shj). Bibliografi perlu mencukupi untuk menunjukkan kesungguhan pelajar mencari bahan rujukan perpustakaan.

Terlalu banyak rujukan sekunder dari majalah dan akhbar, terutama masalah yang bersifat popular kerana bahan ini dianggap kurang berautoriti.

kesilapan bahasa - ejaan dan istilah kerana kelemahan pelajar menguasai bahasa.

kesalahan teknikal - tanda baca dan taip- kecuaian pelajar dan memperlihatkan kemalasan pelajar membuat semakan atau editing terhadap penulisannya.

Penggunaan kata kekunci untuk mengakses maklumat on-line - kaedah penulisan bahan interenet perlu dinyatakan tarikhnya berserta alamat lamannya dengan lengkap.

Plagiarisme dalam Penulisan Ilmiah- kaedah cut and paste sering dilakukan oleh pelajar semasa mengambil rujukan. hal ini memperlihatkan kesilapan pelajar dalam mengambil idea dan membuat petikan. kesilapan kaedah citation boleh menyebabkan pelajar dituduh menciplak dan Integriti ilmu akan dipertikaikan serta kesyumulan ilmu tercabar

Cara hindari plagiarisme;
- Memetik perkataan, frasa atau ayat - catat sumber rujukan kemudian berikan pandangan tentang kutipan itu.
- Rumus atau ringkaskan petikan dari mana-mana sumber rujukan dan catatkan sumbernya.

Senarai Semak semasa membuat penyemakan penulisan ilmiah;
Topik tepat
Pernyataan tesis yang sesuai
Ejaan betul
Istilah tepat
Tanda baca tepat
Pengenalan menarik
Penutup menarik
Laras bahasa betul
Semakan draf pertama
Semakan draf kedua
Kaedah Pemerengganan betul