Thursday, October 22, 2009

PENGENALAN PENULISAN ILMIAH

PENGENALAN

Sebelum belajar menulis, kita perlu memahami konsep penulisan barulah kita boleh fokus terhadap bidang yang menarik ini.

Penulisan - alat/medium utk menyampaikan maklumat. Ia aktiviti manusia yang melibatkan kemahiran, disiplin, minat, bakat dan kreativiti. Menurut Kamus Dewan, menulis ialah perihal atau kegiatan menulis (mengarang), hasil daripada menulis (mengarang). Dalam Bahasa Inggeris: To write atau to compose.

Amalan penulisan melibatkan kegiatan memikir, mengkaji, memilih, merakam dan menulis sekumpulan pengalaman hasil daripada pemerhatian, pengalaman dan pemikiran seseorang pengkaryanya. Penulisan akan mencatatkan, merekodkan dan membolehkan bahasa itu dilihat dengan nyata. Jacques: Penulisan - mentafsir, menyusun atau membina kata-kata, menghurai, menghimpun, mengulas dan menyalin.

Berusaha memecah segala masalah dan mengetahui hakikat dengan sedalam-dalamnya.
Menganalisis dan menilai fenomena bahasa sebagai jalan - pendefinisian, penghuraian, penelitian, pengamatan dan penghujahan. Penulisan - hasil pemikiran dan menguji keupayaan berfikir secara logik, kritikal dan matang dalam membincangkan sesuatu perkara, idea dan fenomena.

PENULISAN DESKRIPTIF/ ILMIAH
Bersifat ilmiah, akademik dan mempunyai kaitan dengan bidang epistemologi
4 bentuk – penjelasan (exposition), penghujahan (argumentation), penceritaan (narration) dan penghuraian (description)

Jenis – esei akademik, rencana, berita, laporan, buku dan autobiografi
a. Penjelasan
Tujuan: memberi pemahaman kepada pembaca tentang teks atau perkara.
Dikenali dalam kewartawanan
Menjawab soalan 5W1H
6 metod perlu dilaksanakan dalam menjawab 6 soalan tersebut;
1. Identifikasi – tentukan subjek
2. Perbandingan dan perbezaan – Menerangkan subjek dengan memberi imej persamaan dan pertentangan dengan subjek lain.
3. Ilustrasi – kegunaan contoh dan gambaran untuk menjelaskan idea yang umum dan idea-idea fokus
4. Klasifikasi – penjelasan tentang sesuatu proses, perkara atau cara melakukan.
5. Definisi – memberi pengertian tertentu, makna dan takrifan subjek.
6. Analisis – pembahagian komponen dan menerangkan satu-persatu.

b. Penghujahan
Mengandungi pendapat dan penilaian penulis tentang sesuatu perkara atau subjek.
3 kaedah – rayuan logik, rayuan emosi dan rayuan etika
1. Rayuan logik – hujahan berlandaskan alasan dan kesimpulan dengan pembuktian secara induktif dan deduktif
2. Rayuan emosi (pathos) – menguasai pemikiran pembaca melalui elemen perasaan, pengaruh, peribadi dan gaya kepengarangan.
3. Rayuan Etika (Ethos) – hujahan dari kombinasi bahasa, suasana atau bunyi dan mesej. Wacana bermoral, berbudi dan waras.

c. Penceritaan
Pemberitahuan tentang sesuatu cerita. Boleh dituls dlm bentuk naratif, esei atau rencana.
Berdasarkan manusia dan peristiwa realiti. Untuk penekanan terhadap subjek, peristiwa yang berlaku, tema atau tentang tokoh.

d. Penghuraian
Menterjemah sesuatu tanggapan, subjek, objek, atau manusia.
1. Huraian Objektif – menerangkan dengan tepat bentuk luaran sesuatu subjek dan bebas mengikut tanggapan penulis – kamera terhadap situasi sebenar.
2. Impresionis – sebagai pemberitahu dan memanipulasi emosi pembaca sehingga ditafsir secara berbeza.

STRUKTUR PENULISAN DESKRIPTIF
1. Pendahuluan – kemuka definisi, sejarah atau pernyataan tesis
2. Isi – mengandungi idea topik yang mengembangkan idea utama (tesis) dan dibina dalam perenggan.
3. Kesimpulan – penutup yang berupa penemuan, cadangan, ringkasan dan rumusan.


JENIS PENULISAN ILMIAH

Esei Ilmiah
- panjang antara 4 - 20 halaman bergantung kepada instruktor
Diterbitkan dalam jurnal, buletin, kertas persidangan dll. bukan kertas penyelidikan formal w/p ada kajian ringkas diperlukan untuk mengukuhkan topik;
Elemen: Ada pernyataan tesis, pembuktian dan contoh dan bersifat objektif/ bukan pandangan peribadi.
Penulisan ilmiah dan formal dari segi bentuk dan gaya bahasa.
Untuk tujuan akademik yang memerlukan sokongan, penerangan, hujahan dan pembuktian.
Esei ilmiah - tugasan untuk pelajar IPT. Ia memerlukan fakta dan maklumat menerusi sumber sekunder spt. Buku, jurnal, akhbar, prosiding dan majalah atau disebut kajian literatur atau kajian perpustakaan.

Laporan Penyelidikan: Tesis/ Disertasi/Kertas projek - kajian yang mendalam melibatkan hipotesis bagi membuktikan kebenaran berdasarkan metodologi saintifik dan analisis terperinci.
Bentuk hasil penyelidikan yang mempunyai format tertentu.
Mengandungi latar belakang masalah, literature review, hipotesis kajian, metodologi kajian, analisis kajian/ penemuan dan kesimpulan.
Laporan ditulis dalam Latihan Ilmiah, Disertasi, Tesis dan Kertas Kerja Pembentangan
Tesis, disertasi, kertas projek - hasil kajian ilmiah yang dilaporkan secara kemas dan sistematik. Tesis, disertasi dan kertas projek memerlukan data primer untuk mengukuhkan fakta dan hasil kajian, manakala maklumat sekunder diselitkan sebagai kaedah penjelasan dan pernyataan umum terhadap fakta primer yang diperolehi.

Buku Ilmiah - berdasarkan piawai ilmiah yang standard berdasarkan prosedur penerbitan penerbit tertentu. Genre terpenting dalam hierarki ilmu. Buku karya asli, terjemahan, kamus, ensiklopedia dll

KEPENTINGAN PENULISAN ILMIAH
Penulisan ilmiah merupakan alat komunikasi yang penting bagi tujuan memberi maklumat kepada khalayak yang berupa fakta. Lantaran itu, tujuan penulisan ilmiah ialah untuk;

Penyebaran Ilmu: berdasarkan bidang yang dipilih oleh pengkaji atau penulis itu sendiri.

Pembangunan minda: Meningkatkan kemantapan intelek penulis dan pembaca.

Memahami manusia dan masyarakat: kajian yang berkaitan dengan penulisan ilmiah mestilah berkaitan dengan manusia dan masyarakat terutama untuk bidang sastera dan sains sosial.

Meningkatkan ketakwaan: Hasil kajian dan penulisan akan dapat melahirkan sifat taabud dalam diri tentang keindahan dan kebesaran Allah SWT yang mengatur hidup manusia sebaik-baik aturan.

FALSAFAH PENULISAN ILMIAH

Keesaan Allah (konsep Taabud)
Allah adalah punca ilmu dan perkara yang diketahui manusia amat terbatas.
Penulis perlu akur, ilmu yang diterima dan diperolehi akan dipertanggungjawabkan.
Autoriti ilmu adalah milik Allah dan penulis terikat dengan etika penulisan yang berhemah dan dibenarkan Islam

Alam sejagat
medan atau bahan fokus penulis. Penulis meneroka segala ilmu dalam alam sejagat menerusi kajian dan pemerhatian. Ilmu disaring dan dirakam dalam bentuk penulisan ilmiah.
Penulis perlu mematuhi hukum dan fitrah alam- memilih metod yang sesuai

Penulis dan teks ilmiah
Penulis bertanggungjawab merangka, menyusun dan menyiapkan teks ilmiahnya. Penulis perlu memiliki kekuatan ilmu, ikhlas, jujur, tabah, kritis, peka, kreatif, pencinta bahasa, realis, objektif dan pragmatik

Pembaca
Pembaca ialah orang yang kritis dan analitis terhadap teks yang dibaca, membaca, memahami dan mengguna semula fakta dan data. Pembaca - dicerna sebaqai ilmu dan hikmah untuk pembangunan insaniah.

Ciri-ciri Penulisan Ilmiah
1. Maklumat benar, sahih spt fakta, data, carta, rajah dll
2. Sumber maklumat sahih dari sumber sekunder dan primer
3. Format standard dari segi kandungan teks, kutipan, rujukan (bibliografi) dan elemen-elemen mekanisme penulisan berformat
4. Gaya yang formal
5. Meneroka dan menggali isu

TUJUAN PENULISAN ILMIAH

Pembelajaran - mengikut bidang tertentu bagi memahami subjek yang dipelajari dalam kelas
Penyelidikan – penyelidikan mengikut bidang tertentu untuk membuat penemuan-penemuan baru dan membuktikan kemantapan ilmu dan teori bagi memantapkan kepakaran seseorang
Pena’akulan – berdasarkan pengertian yang jelas, pertimbangan yang teliti, pemikiran yang logik. Perlukan hujahan yang mantap- wacana ilmiah


Etika Penulisan Ilmiah
Prinsip moral dalam penulisan agar tidak berlaku plagiat dalam penulisan;
- Akta percetakan, Akta keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Menghasut (1948) Akta Pindaan Perlembagaan (1971), Akta Hak Cipta (1987)

Kecelaruan dalam Penulisan Ilmiah
Penggunaan MLA atau APA dalam penulisan bibliografi sering berlaku apabila pelajar tidak memahami kaedah yang sedang digunakan. Dalam peraturan umum, kaedah bebas boleh digunakan asalkan ia bersifat berterusan atau tidak mencampur-baurkan kaedah. walau bagaimanapun, sesetengah Universiti telah menetapkan kaedah tertentu dalam penulisan. maka pelajar perlu mengikuti kaedah yang ditetapkan.

Petikan bibliografi yang amat sedikit (hanya 5 sumber shj). Bibliografi perlu mencukupi untuk menunjukkan kesungguhan pelajar mencari bahan rujukan perpustakaan.

Terlalu banyak rujukan sekunder dari majalah dan akhbar, terutama masalah yang bersifat popular kerana bahan ini dianggap kurang berautoriti.

kesilapan bahasa - ejaan dan istilah kerana kelemahan pelajar menguasai bahasa.

kesalahan teknikal - tanda baca dan taip- kecuaian pelajar dan memperlihatkan kemalasan pelajar membuat semakan atau editing terhadap penulisannya.

Penggunaan kata kekunci untuk mengakses maklumat on-line - kaedah penulisan bahan interenet perlu dinyatakan tarikhnya berserta alamat lamannya dengan lengkap.

Plagiarisme dalam Penulisan Ilmiah- kaedah cut and paste sering dilakukan oleh pelajar semasa mengambil rujukan. hal ini memperlihatkan kesilapan pelajar dalam mengambil idea dan membuat petikan. kesilapan kaedah citation boleh menyebabkan pelajar dituduh menciplak dan Integriti ilmu akan dipertikaikan serta kesyumulan ilmu tercabar

Cara hindari plagiarisme;
- Memetik perkataan, frasa atau ayat - catat sumber rujukan kemudian berikan pandangan tentang kutipan itu.
- Rumus atau ringkaskan petikan dari mana-mana sumber rujukan dan catatkan sumbernya.

Senarai Semak semasa membuat penyemakan penulisan ilmiah;
Topik tepat
Pernyataan tesis yang sesuai
Ejaan betul
Istilah tepat
Tanda baca tepat
Pengenalan menarik
Penutup menarik
Laras bahasa betul
Semakan draf pertama
Semakan draf kedua
Kaedah Pemerengganan betul


No comments:

Post a Comment